Zarema Zainal, isteri kepada kapten skuad Harimau Malaya, Aidil Zafuan, kini sedang hamil anak pertama mereka. Walaupun Aidil mahupun Zarema tidak membuat pengumuman secara rasmi, berita gembira tu disampaikan oleh rakan baik mereka, iaitu pelakon popular, Nora Danish melalui laman Instagram miliknya.

Zarema kelihatan semakin cantik dan berseri-seri apabila membuat keputusan untuk memakai jihab setelah pulang dari mengerjakan umrah bersama Aidil baru-baru ini.
Aidil dan Zarema diijab kabulkan pada 4 Mac lalu dan merupakan perkahwinan kedua Aidil selepas berpisah dengan pelakon Rita Rudaini.
 
Ini merupakan cahaya mata sulung Aidil bersama Zarema, dan merupakan anak ketiga selepas dikurniakan dua cahaya mata bersama Rita.
Tahniah diucapkan buat kedua pasangan ini dan semoga Zarema menjalani tempoh kehamilan dengan lancar dan selamat.



Penyanyi bervokal lantang, Jaclyn Victor mengumumkan yang beliau sudah berkahwin dengan penyanyi kumpulan R&B Az Yet, Shawn Rivera sejak 19 Julai lalu.

Juara Malaysian Idol musim pertama itu mendedahkan mereka berkahwin di
The First Unitarian Church of Philadelphia, Amerika Syarikat (AS) di hadapan 35 tetamu.

Jaclyn atau nama sebenarnya Jaclyn Joshua Thanaraj Victor, 36, mendedahkan berita dan suaminya kepada media dalam satu majlis yang berlangsung di Istana Budaya.


Menurut Jaclyn, majlis perkahwinannya diadakan secara tertutup dan hanya di hadiri ahli keluarga sahaja.

"Ia sebuah majlis yang sangat peribadi dan dihadiri oleh 35 ahli keluarga sahaja," katanya.

Gambar Suami Jaclyn Victor 





Tambahnya, selepas lebih setahun berkenalan mereka bersetuju untuk mengikat tali perkahwinan setelah pertama kali berkerjasama dalam Magical Moment terbitan KRU Studios, awal tahun lalu. 

Rivera merupakan ahli kumpulan R&B Az Yet yang popular pada era 90-an kini aktif sebagai penulis dan penerbit lagu, dan kini menetap di AS.

Pasangan itu akan mengadakan majlis resepsi kecil untuk ahli keluarga pada September.



Anak Ally Iskandar dan Farah Lee

Pengacara dan personaliti Tv3, Ally Iskandar, 38, kini bergelar bapa selepas isterinya, Farah Lee, selamat melahirkan bayi sulung mereka di sebuah hospital di Shah Alam, malam tadi.

Ally berkata, bayi perempuan yang dilahirkan pada jam 9 malam itu akan mengeratkan lagi hubungan mereka sebagai suami isteri kerana sebelum ini mereka sering berjauhan kerana isterinya menuntut di Korea Selatan.

"Kehadiran bayi ini bakal mengeratkan lagi hubungan kami, walaupun beberapa tahun bersama kami masih dalam proses mengenali kerana sering berjauhan sebelum ini," katanya.
 
Ally dan Farah diijab kabulkan pada 20 Januari 2012 di Masjid Kristal. Kuala Terengganu.