Video Nazmi Faiz meludah jadi viral. Tindakan pemain muda kebangsaan, Nazmi Faiz mansor meludah ke arah pemain Timor late pada aksi sulung skuad bawah 23 Sukan Asia kini menjadi viral. Lebih memburukkan lagi keadaan, dia dilayangkan kad merah di atas kelakuannya itu.

Padlock atau mangga cinta di jambatan Paris akan ditanggalkan. Pihak berkuasa bandaraya Paris akan menanggalkan sejuta mangga cinta di jambatan Pont de Arts sekaligus melenyapkan tradisi pelancong yang datang ke bandar itu.

Biodata Raysha Rizrose. Nama Raysha Rizrose mula menjadi sebutan selepas memenangi Dewi Remaja 2014/15 baru-baru ini. Walaupun baru berusia 19 tahun, ternyata Rasysha memiliki auranya yang tersendiri sehinggakan mampu mengalahkan peserta lain yang jauh lebih senior darinya.

Lebih menarik, Raysha merupakan adik tiri kepada Nelyda dan Uqasha Senrose. Tidak ramai yang tahu tentang perkara ini sehinggalah dia nobatkan sebagai juara. Nampaknya kemenangannya bukanlah disebabkan populariti kakaknya. Tambahan pula, pertandingan ini bergantung kepada juri dan bukan undian peminat.


Mari kita kenal dengan lebih dekat lagi siapa Raysha Rizrose ini.

Biodata

Nama penuh: Farza Naquraisha Binti Mohd Fariz
Tarikh lahir: 22 Jun 1996
Umur:19 tahun (2015)
Asal: Subang Jaya, Selangor
Kalau korang minat dengan Raysha ni, boleh ikuti perkembangannya melalui laman sosial:

Facebook Raysha Rizrose: https://www.facebook.com/raysharizroseofficial
Twitter Raysha Rizrose: https://twitter.com/raysharizrose
Instagram Raysha Rizrose: https://instagram.com/raysharizrose
Keek Raysha Rizrose: https://www.keek.com/profile/raysharizrose
Email Raysha Rizrose: farzanaquraisha@yahoo.com

Terima kasih kerana membaca biodata Raysha Rizrose ini.

Artikel sebelum ini: Lagu Tema Dia Isteri Luar Biasa

Lagu tema Dia isteri Luar Biasa - Potret. Nampaknya ramai juga yang tengok drama terbaharu di Slot Akasia iaitu Dia Isteri Luar Biasa. Ternyata penonton Malaysia masih gemarkan drama yang bertajuk 'isteriku' dan 'suamiku' ataupun drama yang berkonsepkan cinta selepas kahwin.


Suamiku Ustaz galakkan kawin bawah umur? Filem terbaharu arahan Ghaz Abu Bakar, Suamiku Ustaz mempunya unsur-unsur yang menggalakkan pedolifia atau berkahwin dengan kanak-kanak. Rata-rata penonton yang telah menyaksikan filem ini menyatakan perkara yang sama.

Pekerja Nando's dipecat panggil pelanggan cibai. Pekerja restoran terkemuka, Nando's telah dipecar selepas mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pelanggan dalam resit pembelian. Pelanggan terbabit sebelum ini memuat naik gambat resit yang tertulis perkataan 'Cibai Customer' sebelum gambar itu menjadi viral di laman sosial.
Jadual Waktu Peperiksaan SPM Ulangan SPMU 2015. Berikut merupakan jadual waktu peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Ulangan bagi calon persendirian tahun ini. Peperiksaan SPMU ini bakal berlangsung mulai 8 hingga 11 Jun ini.

Semoga calon-calon dapat menggunakan peluang menduduki peperiksaan ini dengan sebaik mungkin dan memberikan yang terbaik ketika menjawab soalan nanti.

(Klik untuk membesarkan gambar)
Semoga berjaya!

Artikel sebelum ini:  Fouziah Gous Disahkan Hamil






Fouziah Gous Disahkan Hamil. Pelakon dan pengacara popular, Fouziah Gous bakal menimang cahaya mata pertama selepas disahkan hamil dua bulan setengah. Berita gembira ini sudah pasti menceriakan Fouziah dan suami, Zhafran, kerana mereka sudah lama mengimpikan zuriat sendiri.

Fouziah mengesahkan kehamilannya setelah pulang dari Jepun Mac lalu. Beliau bagaimanapun tidak menjangka akan kehamilannya kerana kitaran haid Fouziah tidak menentu.

"Awalnya saya tidak sangka saya  hamil kerana kitaran haid yang tidak menentu tetapi apabila merasakan ada perubahan pada hormon badan saya jadi tak sedap badan. Selepas membuat dua ujian kehamilan sendiri, dan kedua-dua ujian memberi bacaan positif," katanya,

Menurut Fouziah, dia dan suami tidak kisah dengan jantina anak, cuma mengharapkan bayi mereka sihat.

Tahniah diucapkan. Semoga Fouziah dapat menjalani tempoh kehamilan dengan baik dan selamat melahirkan bayi nanti.



Artikel sebelum ini: Rm1000 Terselit Pada Wiper Selepas Bantu Wanita Misteri
RM1000 Terselit pada Wiper Selepas Bantu Wanita Misteri. Peristiwa aneh yang dilalui seorang pelajar IPTA sewaktu berada di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menjadi viral di laman sosial. Kejadian itu berlaku di kawasan Rehat dan Rawat (Rn) Temerloh di mana dia didatangi seorang wanita bersama seorang bayi.

Pelajar yang dikenali sebagai Rashidah mendakwa wanita itu seperti dalam kesusahan kerana matanya bengkak menangis.


"Dia merayu mintak pinjam duit. Sebab purse dia hilang, minyak dah habis."
Rashidah pada mulanya sangsi untuk membantu wanita tersebut kerana kebanyakkan kes samun sekarang menggunakan taktik sama untuk menipu mangsa. Tambahnya dia sendiri memerlukan duit itu untuk menguruskan banyak hal seperti baiki tayar, lampu brek, dan servis kereta. Malah, Rashidah cuma mempunyai RM100 di dalam dompetnya.
"Saya pun cakaplah tidak ada duit tapi akak itu merayu-rayu, saya berkeras cakap tidak ada duit menyebabkan akak itu bangun dan pergi dari situ."

"Semasa akak itu berlalu pergi saya terlihat anak kecil yang didukung memandang saya, tiba-tiba hati terdetik dan terfikir sampai hati ko biarkan kakak tu, cuba bayangkan kalau itu ibu dan baby tu baby Jojon, bodoh la ko ni," 
Melihat keadaan bayi itu, Rashidah berasa amat bersalah. Beliau terus mengejar wanita tersebut dan memberikan semua duitnya. Dia pasrah jika ditipu kerana tidak sanggup melihat keadaan bayi itu.

"Rasa tidak sampai hati nak tengok muka anak kecil tersebut dan saya sempat ambil gambar mereka tetapi gambar tersebut tidak jelas oleh sebab tidak diketahui."
Menurut Rashidah, dia sempat mengambil gambar wanita itu dengan telefon bimbitnya, namun entah kenapa gambar yang dirakam tidak begitu jelas. 

Selepas wanita itu pergi, lapar dan pening beliau terus hilang menyebabkan dia mengambil keputusan menruskan perjalanan. Setibanya di tol Bentong pekerja tol telah menegurnya.
"Saya rasa terkejut, macammana ada duit menyebabkan saya berhenti di tepi highway, alangkah terkejutnya saya apabila terdapat duit RM50 sebanyak 20 keping iaitu bersamaan dengan RM1000." 
"Saya pandang kiri kanan. Siapa yg letak?????!!! Meremang bulu roma"


Artikel sebelum ini:
 
Bayi Setahun Terlibat dengan IS. Percaya atau tidak, bayi yang baru berusia setahun juka antara yang terlibat dengan kumpulan bersenjata negara Islam (IS). Pendedahan itu dibuat oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi dalam jawapan bertulis Parlimen kepada Datuk Ik,al Hiham Abdul Aziz. iaitu Ahli Parlimen Tanah Merah.

Menurut Zahid, mereka yang terlibat dengan IS terdiri dari pelbagai lapisan umur iaitu dari setahun hingga 60 tahun. Zahid yang enggan mengulas lanjut menzahirkan rasa kebimbangannya apabila ia turut melibatkan kanak-kanak.

"“Keadaan ini amat membimbangkan kerajaan apabila ia turut melibatkan kanak-kanak," katanya.

Tambah Zahid, sehingga 7 Mei, seramai 154 orang rakyat Malaysia dikenalpasti terlibat dengan IS dan kira-kira 91 sudah ditangkap.

Manakala 45 orang masih berada dalam kawasan konflik termasuk 11 yang telah terkorban. 

Risau juga bila kumpulan ini turut melibatkan kanak-kanak. Mereka yang masih belum matang telah diajar untuk memegang senjata dan percaya kepada keganasan. 

sumber: MK

Artikel sebelum ini: Gambar Suami Lana Nordin Peluk Islam



Gambar ketika suami Lana Nordin peluk Islam. Rasanya semua dah tahu yang pelakon kontroversi, Lana Nordin telah pun berkahwin dengan jejaka pilhannya, Daud McKienzie beberapa hari lalu. Suaminya berasal dari Amerika Syarikat dan merupakan seorang mualaf.

Artikel berkaitan: Gambar Perkahwinan Lana Nordin dan Daud McKeinzie

Daud telah memeluk Islam sebelum mereka berkahwin lagi. Hidaya Center Foundation telah berkongsi detik-detik bersejarah Daud ketika mengucap dua kalimah syahadah. Momen itu turut disaksikan Lana dan rakan rapatnya, yang juga merupakan pasangan popular iaitu, Fauzi Nawawi dan Lisdawati.


Menurut David, dia telah lama mendalami agama Islam iaitu sejak berada di Timur Tengah beberapa tahun lalu. Beliau akhirnya bersetuju untuk memeluk Islam selepas berkenalan dengan Lana.

Katanya, Lana telah membuka pintu hatinya untuk memeluk Islam. Difahamkan juga, Lana sebelum ini pernah membawa kenalannya dari Jepun untuk memeluk Islam.
Gambar Perkahwinan Lana Nordin dan Daud McKenzie. Dengan sekali lafaz, pelakon Lana Nordin sah menjadi isteri kepada Daud McKenzie dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan. 
Jadual Waktu Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2015. Lembaga Peperiksaan Malaysia telah mengeluarkan jadual Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang bakal berlangsung mulai 21 Jun ini.

PT3 dilaksanankan mengikut TIGA jenis instrumen iaitu:
  • Ujian pelbagai instrument (kajian kes) untuk matapelajaran Sejarah dan Geografi.
  • Ujian Lisan (bertutur dan mendengar (bagi subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris)
  • Peperiksaan/Ujian bertulis melibatkan subjek - Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Geigrafi, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Punjabi, Bahasa Iban, Bahasa Kadazandusun, Pengajian Islam, Matematik, Sains dan Kemahirah Hidup Bersepadu.
Berikut adalah jadual PT3 bagi tahun 2015





Semoga jadual ini dapat menjadi panduan buat calon-calon yang bakal menduduki PT3 2015 dan juga rujukan untuk para ibu bapa. Semoga berjaya.

Artikel sebelum ini: GAMBAR Sekitar Majlis Akad Nikah Fahrin Ahmad
Gambar Sekitar Majlis Perkahwinan Fahrin Ahmad. Tahniah diucapkan buat pelakon dan pengacara popular, Fahrin Ahmad yang akhirnya menamatkan zaman bujang beliau. Fahrin kini sah menjadi suami kepada pramugari, Elena Hani Eleas.

GAMBAR Sekitar Majlis Akad Nikah Fahrin Ahmad
















Artikel sebelum ini: Fahrin Ahmad Kini Sah Suami Kepada Pramugari

Biodata Syukri Yahaya. Peminat drama tempatan sudah mula memberi tumpuan terhadap jejaka kacak ini sejak beliau melakonkan watak Ziyad dalam Asam Pedas Untuk Dia. Terbaharu, Syukri membintangi akan drama terbaharu iaitu Dia Isteri Luar Biasa di Slot Akasia.

Syukri atau nama sebenarnya Mohd Syukri bin Yahaya ini mengalami kecederaan sewaktu menjalani penggambaran filem Jiwa Taiko. Siapa sangka, langkah memegang watak tambahan dalam filem tersebut berjaya menaikkan namanya sehingga sekarang.


Ramai yang mengatakan, wajah Syukri seiras dengan pelakon terkenal Filipina, Jericho Rosales. Memang ada pun. Hehe!

Jom lihat serba sedikit latar belakang pelakon berbakat ini.

Biodata Syukri Yahaya

Nama penuh Shukri Yahaya: Mohd. Shukri Yahaya
Tarikh lahir: 13 Jun 1988
Umur Shukri Yahaya: 27 tahun (2015)
Asal: Kuala Lumpur


Drama: Asam pedas untuk dia, Juvana, Jika itu Takdirku, Menjinak Ombak, Sahabat, Plan B, Asmara Luna, Antara dia, Dia Isteri Luar Biasa, Ruby, Mahar Cinta Alia, Utusan Ilahi, Bara Jiwa, Perempuan Itu Ibuku dan banyak lagi.

Filem: Jiwa Taiko dan Lari
Artikel sebelum ini: CPUV Nuffnang: TGIF Meal For Two

CPUV Nuffnang masuk lagi dalam blog ini. Alhamdulillah. Iklan lain sudah dikreditkan dan datang lagi iklan lain yang bakal terpapar di blog ini.

Pageviews pun semakin stabil dan rezeki semakin murah sejak tukar template ni. Mungkin sebab tu kot iklan Nuffnang asyik masuk je.

Iklan ini datangnya dari restoran terkemuka, TGIF yang sedang mempromosikan Meal For Two.

Memang murah sangat, hidangan untuk dua orang cuma RM45.90 sahaja. Untuk maklumat lanjut, boleh layari http://www.tgifridays.com/


Fahrin Ahmad Nikah 9 Mei. Pelakon dan pengacara bakal melansungkan perkahwinan pada 9 Mei ini. Namun teka-teki siapakah yang bakal menjadi isterinya hanya akan terjawab pada hari akad nikah nanti.

Ramai yang mengatakan aktres Izreen Azminda lah wanita bertuah itu, namun jangkaan itu meleset. Menurut Fahrin, bakal isterinya bukanlah dari golongan selebriti tetap wanita biasa.


"Saya akan bernikah pada 9 Mei ini yang juga merpakan hari lahir saya. Namun buat masa sekarang saya tidak mahu mendedahkan siapa bakal isteri saya. Biarlah anda semua lihat pada majlis itu nanti," katanya.

Fahrin memberitahu, beliau mengenali wanita itu sejak tahun lalu dan atas permintaan keluarga, dia terpaksa merahsiakan hubungannya.


"Saya tahu ramai yang terkejut dengan berita ini. Saya terpaksa merahsiakannya atas permintaan keluarga. Walaubagaimanapun, keluarga bakal isteri faham dan menyokong kerjaya saya sebagai seorang pelakon," kata bintang utama Pilot Cafe ini.

Majlis perkahwinan Fahrin dan pasangannya bakal berlansung di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara.

Salute dengan tindakan Fahrin ni. Dah nak kahwin baru hebahkan. Tak seperti selebriti lain yang mencanang hubungan sendiri dan akhirnya entah ke mana. 


Artikel sebelum ini: Puteri Baharu Dinamakan Charlotte Elizabeth Diana


Puteri Baharu Dinamakan Charlotte Elizabeth Diana. Paangan Diraja Britain, Putera William dan Kate Middleton menamakan anak kedua mereka, Charlotte Elizabeth Diana. Menurut Istana Kensington, bayi kedua itu akan digelar Puteri Charlotte Cambridge.

Nama itu dipilih sempena gabungan nama bapa William, iaitu Putera Charles, Ratu Elizabeth, dan juga tribut buat mendiang Puteri Diana. Selain itu, Elizabeth juga merupakan nama tengah ibu Kate.


Puteri Charlotte adalah waris keempat takhta Diraja Britain selepas abangnya Putera George.Pengumuman itu dibuat selepas dua hari bayi itu dilahirkan di Hospital St Mary.

Artikel sebelum ini:

Johan Tolak Tawaran Stesen Radio Terkenal. Pelawak, penyampai radio, dan pelakon, Johan (Raja Lawak) terpaksa menolak beberapa tawaran menjadi penyampai radio termasuk dari sebuah stesen radio terkenal.

Johan berkata, dia terpaksa melupakan hasrat itu kerana beliau masih terikat dengan Era FM yang akan berakhir pada tahun hadapan.

"Ya, saya ada menolak tawaran dari beberapa buah stesen radio kerana masih berbaki kontrak dengan Era FM.

Tawaran itu boleh dikatan dari semua stesen radio, tapi saya telah menolak dengan baik," katanya.

Johan atau nama sebenarnya, Muhammad Yazid Lim31, mengakui beliau mungkin akan berkhidmat dengan stesen radio lain sekiranya sesuai dengan bayaran dan kemudahan yang disediakan.

"Mungkin saya akan pertimbangkan untuk berkhidmat di stesen radio lain, tapi biarlah ia boleh membawa kerjaya saya ke peringkat yang lebih tinggi," kata pemenang Penyampai Radio Paling Popular 2014 ini.

Artikel sebelum ini: Hanez Suraya Kini Hamil

Hanez Suraya hamil anak pertama. Tahniah diucapkan buat pelakon Hanez Suraya kerana telah disahka mengandung. Nampaknya Hanez tidak perlu menunggu lama untuk menimang cahaya mata selepas berkahwin beberapa minggu lalu.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh adiknya, Hanez Safira melalui laman Instagram miliknya.

Hanez Suraya sendiri belum mengeluarkan kenyataan berhubung berita gembiran itu kerana baru sahaja pulang dari mengerjakan umrah bersama suaminya, Romie Radin.


Pelakon kontroversi itu sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk menimang cahaya mata sendiri.

Hanez kini memiliki dua orang anak tiri hasil dari pernikahan suaminya yang terdahulu.

Nampaknya rezeki Hanez semakin mencurah curah selepas berkahwin. Apatah lagi beliau bar sahaja mengerjakan umrah dan kini telah berhijab sepenuhnya.

Jadual kuliah Ustaz Azhar Idrus Mei 2015. Nama Ustaz Azhar Idrus sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Setiap sesi ceramah ahama pendakwah bebas ini sentiasa dipenuhi orang ramai.

Bagi anda yang ingin mengikuti ceramah agama dan sesi soal jawab UAI ini, anda boleh menghadirkan diri di lokasi berikut.




Najib ucap tahniah kepada William dan Kate. Perdana Menteri Malaysia mengucapkan tahniah kepada pasangan Diraja Britain yang baru sahaja menyambut cahaya mata kedua mereka, semalam.

Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi laman Twitter miliknya berkata: 

"Tahniah buat Duke dan Duchess atas kelahiran anak perempuan mereka"
Isteri Putera William, Kate Middleton, selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.7 kilogram semalam pada jam 8.34 pagi waktu Britain.

William dan Kate tampil dikhalayak ramai bersama bayi kedua buat pertama kali dihadapan Hospital St Mary.

Bayi perempuan yang menjadi pewaris takhta Britain itu masih belum diberi nama.


Artikel sebelum ini:  Biodata Erwin Dawson