Biodata Hamidah Juara Dai 2015. Semalam berlangsungnya pentas akhir program pencarian pendakwah muda, Dai' 2015 dan menyaksikan Dai Hamidah diangkat selaku juara pada tahun ini. Hamidah membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM50,000, Trofi, Pakej Istanbul, pakej umrah, saham PNB, dan beberapa hadiah sampingan. 

Tahniah diucapkan kepada Hamidah. Walaupun admin tidak sempat menonton rancangan ini, berdasarkan apa yang admin baca di media sosial, beliau memang layak menang dek kerana kepetahan, kebijaksanaan, dan kemampuannya dalam menyampaikan dakwah. Kemenangan Hamidah bersandarkan pada markah juri profesional di mana beliau berjaya mengumpul markah sebanyak 85.9 peratus berbanding finalis lain.

Biodata Hamidah Juara Dai 2015

Nama penuh - Hamidah bt Abdul Razak
Umur - 23 tahun
Pendidikan - Ijazah Sarjana Muda Pengajian Akidah dan Agama
Tempat pengajian - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)




Artikel sebelum ini -
Kalendar MUET 2016
Kalendar MUET 2016. Dalam entry ini admin akan berkongsi jadual peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) yang telah dikeluarkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Seperti biasa, peperiksaan MUET dibahagikan kepada tiga sesi. Pada tahun hadapan ia akan berlangsung pada bulan Mac, Julai, dan September. Namun, ia tertakluk kepada pindaan dan kelulusan Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia.

MUET Sesi Mac 2016
  • Tarikh pendaftaran - 5 November 2015 hingga 8 Januari 2016
  • Tarikh ujian speaking - 23, 24, 25, 29 Februari, 1 dan 2 Mac 2016
  • Tarikh ujian bertulis - 12 Mac 2016

MUET Sesi Julai 2016

  • Tarikh pendaftaran - 15 Mac 2016 hingga 11 Mei 2016
  • Tarikh ujian speaking - 18, 19, 20, 21, 25 dan 26 Julai 2016
  • Tarikh ujian bertulis - 30 Julai 2016

MUET Sesi November 2016

  • Pendaftaran - 3 Jun 2016 sehingga 3 Ogos 2016
  • Tarikh ujian speaking - 11, 12, 13,17,18 dan 19 Oktober 2016
  • Tarikh ujian bertulis - 5 November 2016

Semoga informasi ini bermanfaat.


Video Simulasi Bagaimana MH17 Ditembak. Semalam pihak Lembaga Keselamatan Belanda mengadakan satu sidang media dengan mendedahkan bagaimana pesawat Malaysia Airlines ditembak jatuh tahun lalu.

Berdasarkan laporan akhir, mereka mendedahkan MH17 ditembak oleh misil jenis 'buk' buatan Rusia di Timur Ukrain. Misil berkenaan dilepas menggunakan sistem peluru dari tanah ke udara. Misil terbabit telah menembak bahagian kiri depan pesawat (kokpit) yang membunuh juru terbang dengan serta merta.

Sidang media yang berlangsung di Gitze-Rijen turut menunjukkan satu video animasi saat-saat misil terbabit menembak pesawat MH17 bersama rangkai pesawat yang dicantum semula berdasarkan serpihan yang ada.

Video MH17 Ditembak


Walaubagaimanapun, siasatan ang memakan masa 15 bulan itu tidak menyebut siapa yang menembak pesawat.

Berita ini sedikit sebanyak menjawab persoalan yang bermain difikiran orang ramai khususnya rakyat Malaysia.
sumber: BH

Artikel sebelum ini - Biodata Sufi Juara AF 2015


Biodata Sufi Juara AF 2015. Bagi anda yang menonton konsert akhir Akademi Fantasia 2015 (AF) semalam pasti anda tahu siapa juaranya. Tahniah diucapkan buat Sufi kerana dinobatkan sebagai juara AF bagi tahun ini.

Sufi berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000 , trofi AF, berserta pakej percutian ke Dubai tajaan HNH Tour. Sufi merupakan peserta bukan rakyat Malaysia pertama yang berjaya memenangi Akademi Fantasia. Sufi merupakan rakyat Singapura yang mencuba nasib dalam bidang nyanyian di Malaysia.


Untuk pengetahuan anda, Sufi mula serius dalam bidang nyanyian selepas muncul naib juara dalam pertandingan SG Mania pada 2014 di Singapura.

Biodata Sufi AF

Nama penuh: Mohammad Sufie Rashid
Asal: Singapura
Umur: 24 tahun (lahir tahun 1991)
Karier: Penyanyi indie sepenuh masa, mencipta lagu untuk iklan (jingle) Tv dan radio
Bakat: Menyanyi dan mencipta lagu. Turu bermain alat muzik seperti piano, dram, gitar, dan bass.

Artikel sebelum ini - Pesawat MH370 Dijumpai di Filipina?





Pesawat MH370 Dijumpai di Filipina. Berita tentang bangkai pesawat Malaysia Airlines dan bendera Malaysia di Selatan Filipina benar-benar mengelirukan banyak pihak. Seorang lelaki mendakwa penduduk pulau terpencil, Tawi-Tawi, telah menjumpai sehelai bendera Malaysia di dalam bankai pesawat yang hilang dari radar itu.

Jamil Omar, 46, membuat laporan polis bahawa penduduk pulau itu menjumpai bendera di dalam bangkai pesawat ketika pergi memburu burung. Tambahnya juga, penduduk disana tidak mengenali bendera Malaysia dan tidak mengetahui tentang pesawat yang hilang memandangkan kawasan itu kurang berpenghuni dan kurang mempunyai alat komunikasi.

"Kerana kurang peralatan elektronik atau kemera, orang sana tidak mampu merakamkan sebarang gambar bangkai pesawat itu.

Beliau menyerahkan bendera yang ditemui bersama tiga keping gambar pulau berkenaan kepada pihak polis utk siasatan lanjut.

Berita ini sememangnya mengelirukan. Kerana kerajaan Malaysia telah pun mengesahkan pesawat MH370 telah terhempas di Pulau Reunion berdekatan dengan Madagascar. Ini berdasarkan penemuan serpihan dan komponen dari pesawat itu sendiri.

Artikel sebelum ini - UiTM Selangor Tangguh Kuliah Akibat Jerebu




UiTM Selangor Tangguh Kuliah Akibat Jerebu. Nampaknya jerebu yang melanda negara semakin membimbangkan. Baru sebentar tadi Kementerian Pendidikan mengarahkan semua sekolah di kebanyakan negeri supaya tutup, dan kini pihak UiTM Selangor pula mengeluarkan arahan supaya menangguhkan kuliah. Ini berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di negeri ini mencatatkan bacaan tidak sihat.

Artikel berkaitan:  Semak Indeks Pencemaran Udara IPU Malaysia

Naib Canselor, Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar memberitahu penangguhan kuliah pada hari berikutnya akan diberitahu kelak berdasarkan bacaan IPU yang dipantau dari masa ke semasa.

Penangguhan ini hanya melibatkan jadual kuliah manakala peperiksaan akhir pelajar diploma diteruskan mengkut jadual. Kakitangan UiTM Selangor juga dikehendaki bekerja seperti biasa.
sumber: Harian Metro

Artikel sebelum ini - Jerebu - Sekolah Tutup Dua Hari 5 dan 6 Oktober



Jerebu - Sekolah Tutup Dua Hari 5 dan 6 Oktober. Berikutan masalah jerebu yang melanda negara, Kementerian Pendidikan Malaysia mengarahkan semua sekolah diseluruh Malaysia KECUALI Labuan, Sarawak, Kelantan, dan Sabah selama dua hari bermula 5 hingga 6 Oktober 2015.

Perkara ini diumumkan oleh Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid menerusi laman Facebook miliknya.


Beliau turut memberitahu, sekolah yang diarahkan tutup bermula esok tidak perlu menggantikan persekolahan mereka dimasa akan datang.

Artikel sebelum ini - Neelofa Curi Rekaan Tudung Sugarscarf?


Wilayah Persekutuan Labuan, Kelantan, Sarawak dan Sabah.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/86367Labuan