Tarikh Israk Mikraj 2016 Malaysia. Setiap tahun, pada tarikh 27 Rejab seluruh umat Islam akan mendakan sambutan peristiwa Israk Mikraj demi memperingati peristiwa Nabi Muhammad SAW diangkat ke langit oleh Allah SWT.

Pada tahun ini tarikh sambutan Israk Mikraj jatuh pada Khamis, 5 Mei 2016 bersamaan dengan 27 Rejab 1437H.

Beribu tahun dahulu Rasulullah SAW telah berjalan dari Masjidil Haram (Mekah) ke Masjidil Aqsa di (Baitul Maqdis) Perjalanan ini di sebut sebagai ISRAK.

Kemudian Rasulullah SAW berjalan dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha dan mengadap Allah SWT untuk menerima perintah solat lima kali sehari buat seluruh umat Nabi Muhammad.

Negeri yang mendapat cuti umum Israk Mikraj 2016 

Kerajaan Malaysia telah ditetapkan sebagai Hari Kelepasan Am Negeri (cuti umum) bagi negeri Kedah Darul Aman, Negeri Sembilan Darul Khusus dan Perlis Indera Kayangan.


Artikel sebelum ini: Rayani Air Gantung Perkhidmatan Sementara




Rayani Air Gantung Perkhidmatan Sementara. Syarikat penerbangan tambang murah baharu, Rayani Air, telah menggantung operasinya dengan serta merta berkuat kuasa hari ini, 9 April 2016.

Pengantungan ini dibuat bagi penstrukturan semula dan memperbaiki sistem pengurusan syarikat. Perkara ini
disahkan sendiri melalui Facebook rasmi milik Rayani Air.
Ingin dimaklumkan bahawa kita telah menggantung operasi berkuat kuasa serta-merta pada 8 April 2016 sehingga dimaklumkan kemudian.

Ia adalah sebahagian daripada pelan penstrukturan semula syarikat. Kita akan beroperasi semula selepas melakukan penstrukturan semula. Segala masalah boleh hubungi Rayani Call Centre ( +602-27214925)
Penstrukturan semula ini terpaksa dilakukan berikutan menerima banyak laporan dari pelanggan kerana sering mengalami masalah teknikal dan menyebabkan penumpang terkandas di lapangan terbang. 

sumber: NST