Menerusi Slot Azalea, saksikan sebuah drama bersiri terbaharu FAJAR AIMAN, yang bakal menemui penonton Tv3 mulai 5 Mei 2014. Drama terbitan Suhan Movies ini menampilkan Syarul Ridzwan sebagai teraju utama.
Sinopsis Drama Fajar Aiman
Mengisahkan
Erma yang bercinta dengan Suffian pada 20 tahun yang lalu. Namun,
hubungan cinta mereka tercemar apabila Suffian gagal mengawal nafsu dan
mereka berdua terlanjur. Erma telah hilang kepercayaan terhadap Suffian.
Atas dasar cinta, Suffian mengaku kesilapannya dan berjanji akan
mengahwini Erma. Akan tetapi, kakak Suffian, Mariah telah membantah dan
mengaturkan perkahwinan Suffian dengan Najwa. Mariah enggan menerima
Erma sebagai isteri Suffian malah menuduhnya bukan gadis baik-baik
kerana sanggup menggadaikan maruahnya.
Sebenarnya,
Najwa juga menyimpan sebuah rahsia hitam. Najwa menjalani kehidupan
bebas yang amat bertentangan dengan cara kehidupan ibu bapanya yang
mengamalkan cara hidup Islam sepenuhnya. Akhirnya, Najwa telah
melahirkan seorang anak luar nikah, Aiman yang ditinggalkan di bawah
jagaan bekas orang gaji keluarganya, Mak Som. Najwa tidak pernah
mengambil tahu tentang Aiman selepas itu.
Selepas
sebulan, Erma mendapati dirinya telah mengandung. Malangnya, Suffian
enggan bertanggungjawab. Erma telah bersembunyi di rumah kawan baiknya,
Mazni sehingga melahirkan seorang bayi perempuan yang diberikan nama Nur
Fajar. Namun, Erma tidak sanggup menjaga Nur Fajar bersendirian dan
mahu meninggalkan anaknya di hadapan surau dengan harapan anaknya
diambil oleh orang-orang yang alim.
Bagaimanapun,
perbuatannya dilihat oleh Shafie, anak saudara kepada Mak Som. Shafie
telah membawa Erma ke rumah Mak Som dan menawarkan perlindungan kepada
Erma dan Nur Fajar. Selepas 5 tahun, Shafie melamar Erma. Mereka telah
berkahwin dan sama-sama membesarkan Aiman dan Fajar.
Aiman
dan Fajar yang sudah menginjak dewasa saling menyayangi. Perasaan cinta
mereka semakin kuat apabila mereka tahu bahawa mereka berdua bukanlah
adik beradik kandung. Namun disebabkan status anak luar nikah, Aiman
tidak berani meluahkan perasaannya malah sengaja menjauhkan diri
daripada Fajar. Begitu juga dengan Fajar yang khuatir dirinya akan
dipandang rendah oleh Aiman.
Setelah
sekian lama, Suffian dan Najwa hidup dalam sesalan. Akibat kesilapan
lampau mereka, mereka kini tinggal berdua tanpa anak di sisi. Suffian
mengenangkan anak Erma manakala Najwa mengenangkan Aiman. Apakah takdir
bakal menemukan mereka kembali? Masih sempatkah Suffian dan Najwa
membuat pembetulan dan menebus dosa mereka?
Entry sebelum ini:
Misha Omar Sah Bergelar Isteri Kepada Firos Ezzwan Rossly