Biodata Hannah Delisha. Ramai yang tertanya-tanya siapa gerangan gadis manis iaitu Hannah Delisha yang membintangi drama Mencintaimu Mr Photographer. Untuk pengetahuan, Hannah berasal dari Singapura dan berdarah kacukan Inggeris dan Melayu Singapura.

Namanya mula menjadi sebutan setelah bergandingan dengan Syafiq Kyle menerusi drama yang sedang ditayangkan di Asto Ria. Bakat Hannah bukan setakat dalam bidang lakonan, bahkan beliau boleh menyanyi dan merupakan bekas anggota kumpulan Delisha dari Singapura.

Biodata Hannah Delisha

Nama Penuh : Hannah Adlina Blackburne Birch
Nama Komersial: Hannah Delisha
Umur: 21 tahun (2017)
Tarikh Lahir: 27 Oktober 1996
Asal: Singapura
Berkacukan: Inggeris + Melayu Singapura
Kerjaya: Pelakon, Penyanyi dan Hos
Single Lagu: Anugerah dan Tidak Perlu Kata Apa-Apa
Bakat lain: Fasih bertutur bahasa Melayu, Hindi, Jepun, Arab, Inggeris, Sepanyol, dan Cina.

Gambar Hannah Delisha






Terima kasih kerana membaca Biodata Hannah Delisha


GAMBAR: Keris Dijumpai Di Wales. Sebilah keris yang mempunyai nilai sejarah tersangkut pada pukat tukang perahu kuno dari Wales.

Pada awalnya, tukang perahu tersebut, Andrew Davies, menyangka besi buruk tersangkut pada pukatnya. Namun setelah diteliti ia merupakan senjata lama.

“Pada suatu malam saya bekerja dengan perahu coracle saya, jaring saya seolah-olah tersangkut sesuatu, ketika menariknya, saya dapati terdapat sebatang besi tersangkut kepadanya.”

Menyedari senjata itu tidak menyerupai senjata kuno Eropah, Davies membawa keris itu kepada pihak muzium untuk mengetahui bagaimana ia boleh berada di Sungai Towy.

GAMBAR: Keris Dijumpai Di Wales

Kurator Carmarthenshire Museum, Gavin Evans berkata, dia telah menghantar beberapa keping gambar keris berkarat itu ke sebuah muzium di London untuk dikaji, namun sehingga kini belum ada sebarang penjelasan terperinci mengenainya.





" Saya belum menerima sebarang penjelasan daripada pihak muzium, tetapi saya pecaya senjata ini berasal daripada Asia Tenggara atau pun Malaysia."

"Pada awalnya, saya ingat keris ini berasal daripada Romawi, namun setelah menelitinya lebih terperinci dengan bentuk eksotisnya yang mebuatkan saya percaya ianya berasal dari Asia Tenggara."

"Ini adalah keris kerana hiasan ornamen di bahagian atasnya. Gagang kayunya mempunyai hiasan berbentuk burung dengan tambahan tulang dan tembaga," kata Gavin Evans


Pelumba Norizman Ismail Meninggal Dunia. Pelumba CP150 Norizman Ismail disahkan meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan ketika pertama pada sesi ujian masa pusingan ketiga Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Kemaman, Terengganu. 
 
Norizman dibawa menaiki ambulan ke unit trauma untuk menerima rawatan segera sebelumpihak hospital mengesahkan beliau menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.50 petang. 

Cub Prix memutuskan untuk membatalkan perlumbaan sebagai tanda hormat kepada Norizman

Norizman memulakan karier di Cub Prix pada tahun 2004 dan bergelar juara kelas perdana sebanyak dua kali pada tahun 2005 dan 2011.

Terima kasih kerana membaca Norizman Ismail Meninggal Dunia

Video: Guna Ilmu Hitam Untuk Jaringkan Gol. Perlawanan bola sepak di Rwanda mencetuskan kontroversi selepas salah seorang pemain dipercaya menggunakan bantuan ilmu hitam untuk menjaringkan gol. 

Dalam saingan Liga Perdana Rwanda yang menyaksikan perlawanan diantara Rayon Sports mendahului Mukura Victory dengan 1-0.

Ketika Rayon Sports ghairah melakukan serangan dan penjaga gol Mukura Victory leka diluar peta gol, salah seorang pemain Rayon Sports, Moussa Camara, meluru ke arah gol lalu menunduk dan sesuatu di tiang gol. Melihat tindakan Camara penjaga gol Mukura cuba menghalang namun gagal.


Camara kemudian hanya dilayangkan kad kuning oleh pengadil tapi tidak dapat dipastikan apa sebabnya. Kelakuan Camaro berjaya dirakam dan terbukti beliau cuba mengorek dan meletakkan sesuatu pada tiang gol. 

Video: Guna Ilmu Hitam Untuk Jaringkan Gol

Video insiden ini menjadi viral di laman sosial kerana Rayon Sports dipercayai menggunakan ilmu sihir untuk mendapatkan gol. Lebih mnguatkan lagi andaian ini, Rayon memperoleh satu lagi gol mudah tidak lama kemudian biarpun masa perlawanan cuma berbaki 4 minit. 

Akibat dari insiden berkenaa, Timbalan presiden Rwanda Football Federation (FERWAFA), Vedaste Kayiranga dalam satu kenyataan berkata:

"Memandangkan tiada kaedah saintifik untuk membuktikan penggunaan ilmu hitam, langkah ini akan mengambil kira laporan dari pegawai perlawanan dan apa-apa sahaja yang dilihat menyerupai amalan itu akan dilihat dan dipertimbangkan.

Memang agak pelik mengapa seorang pemain perlu meletakkan sesuatu pada tiang gol.

Biodata Isteri Sultan Selangor. Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, 70, selamat dinikahkan dengan Norasyikin Abdul Rahman iaitu pembaca berita Radio Television Malaysia (RTM), semalam 31 Ogos 2016 bertempat di Masjid Istana Diraja Klang. 

Norashikin, 45, sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang juruterbang Etihad Airlines, namun perkahwinan mereka tidak bertahan lama. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Amanda, 17, dan Adam Salleh, 14.




Beliau juga pernah dianugerahkan Penyampai Berita Tv Terbaik Anugerah Seri Angkasa 2005. 

Biodata Isteri Sultan Selangor

Nama Penuh: Norashikin Abdul Rahman
Umur: 45 Tahun
Status: Janda (Pernah berkahwin dan sudah mempunyai 2 orang cahaya mata)
Asal: Kuala Lumpur
Bilangan Adik Beradik: Anak bongsu daripada tiga beradik
Pekerjaan: Penyampai Berita RTM TV1
Anugerah: Penyampai Berita TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa 2005 (ASA2005)

 
 
Entri terdahulu - PKR Pecat CheguBard



PKR Pecat Chegubard. Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini 26/8/2016 telah memecat Chegubard atau nama sebenarnya, Badrul Hisham Shaharin, kerana melanggar disiplin parti.

Jawatankuasa Lembaga Disiplin PKR sebulat suara bersetuju untuk memecat beliau mengikut Fasal 41.7 Perlembagaan parti iaitu menjejaskan imej dan memecah belahkan parti serta ingkar dengan arahan parti.

Surat pemecatan Chegubard ditandatangani oleh Setiausaha Agung merangkap Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Berikutan pemecatan itu, Chegubard dilarang menjalankan apa-apa aktiviti di atas nama parti.

sumber: http://www.bharian.com.my/node/186860
 
GAMBAR Sekitar Majlis Pertunangan Amyra Rosli dan Amar Baharin. Tahniah ducapkan buat pasangan popular Amyra Rosli dan Amar Baharin kerana telah mengikat tali pertunangan mereka semalam.

Majlis pertunangan yang diadakan secara tertutup ini berlangsung di Sunway Montana, Desa Melawati ini dihadiri ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta rakan terdekat. 

Pelakon drama Tersuka Tanpa sSengaja ini bakal berkahwin pada 12 November ini. Majlis persandingan pihak perempuan diadakan sehari kemudian dan juga pada 19 November bagi pihak lelaki. Walaubagaimanapun setakat ini tiada lokasi muktamad ditetapkan.

Majlis perkahwinan mereka juga bakal mendapat hak penyiaran khas dan akan ditayangkan secara langsung di Astro Ria.

GAMBAR Sekitar Majlis Pertunangan Amyra Rosli dan Amar Baharin. 














Pasangan ini juga bakal mengadakan majlis persandingan sebelah perempuan pada 12 November, sehari selepas bernikah. Manakala, majlis persandingan lelaki pula bakal diadakan pada 19 November.

Namun, setakat ini tiada lokasi muktamad ditetapkan. Malah, majlis perkahwinan mereka juga bakal ditayangkan secara langsung di saluran Astro dan kedua-dua mereka masih belum membincangkan soal tajaan untuk hari bersejarah itu.