Juri Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM) yang berasal dari Indonesia, Farah Quinn berterima kasih kepada tiga juri lain iaitu Datuk Jalaluddin Hassan, Fazura dan Taufik Batisah kerana sentiasa membantunya dalam memperkayakan Bahasa Melayu ketika memberikan komentar.

Kalau diperhatikan, setiap minggu Farah kelihatan seperti terpinga-pinga dan kurang faham dengan lawak peserta MLM. 

Farah berkata, "kebanyakkan persembahan mengenai filem atau perkara terkini di Malaysia dan agak sukar untuk saya faham kerana masa berada di negara ini agak singkat."

Juri Maharaja Lawak Mega 2014
"Kebanyakkan lawak membuatkan saya tertanya-tanya, namun saya bernasib baik kerana ada peserta melakukan sketsa yang mudah difahami", katanya.

Menurut Farah beliau berterima kasih kepada tiga lagi juri yang sentiasa membantunya dalam memahami sketsa peserta.

Selesa berbahasa Inggeris

Chef selebriti dari Indonesia ini turut mengakui lebih selesa memberikan komen dalam Bahasa Inggeris disebabkan kurang fasih berbahasa Melayu.

Namun, beliau tidak menyesal menerima tawaran menjadi juri MLM dan menganggap keputusan yang dibuat adalah tepat.





Teka-teki dan khabar angin yang mengatakan Lisa Surihani berbadan dua terjawab apabila suaminya, Yusri Abdul Halim mengesahkan berita gembira itu.

Menurut Yusri mereka tidak mahu hebahkan berita itu kerana kandungan Lisa masih terlalu awal.

"Ya, Lisa sudah mengandung. Kami tidak mahu kecoh kerana kandungannya masih terlalu awal."

Yusri juga menolak dakwaan kononnya mereka terikat dengan kontrak stesen TV untuk mengumumkan berita kehamilan Lisa. 

Lisa yang berada disamping suaminya itu hanya tersenyum dan mengakui bukan niat beliau untuk merahsiakan berita gembira ini. 

Artikel berkaitan: Lisa Surihani Enggan Ulas Isu Mengandung

"Saya ikut padangan orang tua supaya tidak menghebohkan perkara ini kerana ia masih awal."

Pelakon utama filem Suami Encik Perfect 10 ini turut berterima kasih buat peminat yang sentiasa berdoa untuknya.  


sumber: BH



Akaun Twitter milik penyanyi tersohor dunia, Taylor Swift digodam. Penggodam memuat naik beberapa tweet dengan meminta pengikut Taylor di Twitter supaya mengikuti akaun @lizzard dan @veriuser.

 Tweet berkenaan kemudia dipadam dan akaun berkenaan digantung buat sementara. Manakala laman Instagram milir penyanyi itu turut di godam dengan beberapa gambar dimuat naik. 

Walaubagaimanapun pelantun lagu Blank Space itu mengendalikan situasi ini bagai seorang profesional dan turut berjenaka apabila memuat naik status di laman sosial Tumblr miliknya. Beliau berkata, "Cause the hackers gonna hacked, hacked hacked, hacked, hacked" dengan mengubah baik baik lirik lagunya Shake It Off dengan dengan tema 'digodam'.

Beliau turut memberitahu penyanyi kumpulan Paramore, Halley Williams merupakan MVP of the day (pemain terbaik hari ini) apabila Halley adalah individu pertama yang memberitahu tentang laman sosialnya digodam.

Ugut sebar gambar bogel

Penggoda turut mengugut untuk menyebarkan gambar bogel Taylor Swift, namu Taylor tidak mengendahkannya. Beliau berkata melalui laman Twitter,  


"PS any hackers saying they have 'nudes'? Psssh you'd love that wouldn't you! Have fun photoshopping cause you got NOTHING!"

(Penggodam kata mereka ada gambar bogel? Psssh! kamu pasti suka kan? Berseronoklah mengedit gambar sebab tak ada gambar bogel!).

 

Selepas Caliph Buskers mendapat perhatian rakyat Malaysia dengan membuat persembahan memukau di pentas Anugerah Juara Lagu, kini sebuah lagi kumpulan pemuzik jalanan, Genji Buskers pula mencuri tumpuan apabila persembahan mereka ditonton mantan Perdana Menteri, Tun M.

Tun M telah menonton persembahan mereka selama beberapa minit di pusat membeli-belah Avenue K, Kuala Lumpur. Bukan itu sahaja beliau turut meletakkan wang RM50 kedalan beg gitar yang disediakan.

Genji Buskers meluahkan rasa terharu melalui laman Facebook dan akan meletakkan wang sumbangan Tun M di dalam bingkai gambar sebagai kenangan. 

VIDEO: Tun M tonton persembahan pemuzik jalanan, Genji Buskers





Pelawak, pelakon dan pengacara, Zizan Razak membuat permohonan maaf melalui akaun Instagram miliknya berhubung lawak 'hitam manis' terhadap Dayang Nurfaizah di pentas Maharaja Lawak Mega malam Jumaat lalu. 

" Saya hendak memohon maaf dengan seikhlas-ikhlasnya atas kata kata saya yang mungkin telah menyinggung perasaan sesiapa saja yang menyaksikan saya di pentas MLM minggu lepas"

“Saya hanya berniat bergurau dan tidak pernah berniat untuk mengguris hati sesiapa pun. Maafkan saya. Jujur dan ikhlas dari saya,” katanya melalui akaun Instagram.


Walaupun Zizan tidak menyebut permohonan maafnya ditujukan kepada siapa, tetapi peminat sudah dapat mengagak ahli kumpulan Virus itu meminta maaf terhadap Dayang Nurfaizah.

Namun, mungkin juga ia ditujukan buat juri MLM, Nur Fazura yang dikhabarkan kurang senang dengan sikap Zizan yang menjawab ketika juri sedang memberikan komen.

Tindakan Zizan seharusnya dicontohi oleh artis lain kerana cepat memohon maaf dan tidak memanjangkan isu.


Artikel sebelum ini: Lisa Surihani Enggan Ulas Isu Mengandung



Aktres jelita, Lisa Surihani enggan mengulas lanjut mengenai berita yang tersebar kononnya beliau sudah mengandung. Meskipun ramai pengikutnya telah mengucapkan tahniah di laman Instagram, Lisa serta suami memilih untuk berdiam diri. 

Jika benar Lisa sudah mengandung tahniah diucapkan, bertia gembira ini ibarat hadiah sempena ulang tahun ketiga perkahwinannya bersama Yusri pada Februari ini.

Artikel terdahulu:  (GAMBAR) David Beckham di Malaysia