Harga Minyak Februari 2016. Seperti biasa, hari terakhir setiap bulan pihak kerajaan akan mengumumkan harga minyak bagi bulan berikutnya. Bagi Februari, harga runcit petrol RON95, RON97, dan diesel TURUN 10 sen, 20 sen, dan 25 sen.

RON 97 - RM 2.050/Litre
RON 95 - RM 1.750/Litre
Diesel - RM 1.350/Litre

Penurunan harga minyak ini berikutan kejatuhan harga minyak mentah dunia. 

Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega MLM 2016. Pertandingan lawak popular, Maharaja Lawak Mega (MLM2016) akan kembali menemui penonton setia tidak lama lagi. Seperti tahun-tahun sudah, program lawak ini akan menggabungkan barisan pelawak lama dan baru untuk berentap bagi memberikan persembahan yang menarik serta merebut hadiah wang tunai.

Pada tahun ini, nama-nama besar seperti Sepahtu, Jozan, Nabil Ahmad, serta Zero tidak lagi bertanding. Manakala beberapa pelawak terkenal seperti Ajak Shiro, Rahim R2, Tauke Jambu, dan Syik SYJ bakal membentuk kumpulan baru. Selain itu pihak Astro masih lagi mengekalkan Datk Ac Mizal sebagai pengacara.

Barisan juri pula masih lagi rahsiakan dan bakal diperkenalkan pada minggu pertama MLM nanti

Berikut merupakan senarai peserta MLM2016
  1. Kumpulan Awok
  2. Kumpulan Bocey
  3. Kumpulan Bora
  4. Kumpulan Bos
  5. Kumpulan Cham (Along dan Azrul)
  6. Kumpulan Chilok
  7. Kumpulan Enjen
  8. Kumpulan Jaros (Shuk SYJ, Rahim R2 dan Joey Jalor)
  9. Kavin Jay
  10. Kumpulan LOL (Angah Raja Lawak, Tauke Jambu dan Ajak Shiro)
  11. Kumpulan Puteh
  12. Reza Mukmin
  13. Kumpulan Saywho
  14. Kumpulan Shake
  15. Kumpulan Xola















 Hadiah
  1. Juara : wang tunai RM500,000 beserta trofi
  2. Naib juara (Kedua) : RM250,000
  3. Ketiga : RM150,000
  4. Keempat : RM50,000
  5. Kelima : RM15,000

q

 Biodata Syatilla Melvin Bakal Isteri Shaheizy Sam. Seperti yang dihebahkan di media, pelakon terkenal tanah air, Shaheizy Sam, bakal menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihan yang juga merupakan seorang pelakon iaitu Syatilla Melvin.

Berita ini disahka sendiri oleh Sam melalui sebuah sidang media yang berlangsung di Kuala Lumpur. Pengumuman perkahwinan ini sekaligus menjawab teka-teki siapa yang bertakhta di hati Sam.

Sam dan Syatilla akan melangsungkan perkahwinan pada bulan bulan hadapan, iaitu 8 Februari 2016 di Pulau Pinang.

Syatilla kini membintangi drama popular, Sha & Shah yang kini sedang bersiaran di Astro Ria.

Biodata Syatilla Melvin

Nama penuh: Siti Nur Syatilla binti Amirol Melvin
Tarikh lahir: 8 Februari 1991 
Asal: Parit Buntar, Perak
Kerjaya: Pelakon, model. Pernah menjadi finalis Dewi Remaja bersama Neelofa, Izara Aishah, dan Anzalna Nasir.

Senarai Drama/ Telemovie

BFF Teman Tapi Mesra - TV3
Julia Katrina (Cat) - TV3
Esah Pajero - TV3
Lara Hati - TV9
Dalam Setiap Sujud - TV9
Rindu Bertamu Di Abu Dhabi - TV3
Kalau Bukan Aku Nurin - TV3
Rentas Samudera Leftenan Nor - RTM
Ramadan Yang Hilang -  Delishah     TV3
Ariana Rose - TV3
Aku Isterinya -  TV3
Kristal Maya - TV3
Pulang Sayang - RTM 
PA Cinta
Korban Haji

Gambar Syatilla Melvin









 
 

Senarai Rasmi Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) 2016. Liga Malaysia musim 2016 bakal membuka tirainya tidak lama lagi dan pastinya setiap pasukan telah pun membuat persediaan dari pengurusan pasukan, kemudahan latihan, jurulatih, dan yang paling penting barisan pemain.

Bagi skuad gergasi dari selatan tanah air, Johor Darul Ta'zim (JDT), musim lalu merupakan musim cemerlang bagi mereka. Bukan sahaja berjaya mengekalkan gelaran juara Liga Super, tetapi turut memenangi Piala AFC. Selain itu pasukan yang diterajui putera raja ini turut menggondol majoriti anugerah yang dipertandingkan dalam Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2015.

Berikut adalah senarai rasmi pemainyang bakal beraksi bersama JDT musim ini.

Senarai Rasmi Pemain JDT 2016

Penjaga Gol
  1. Farizal Marlias
  2. Samuel Somerville (Malaysia, England)
  3. Mohd Izham Tarmizi

Pertahanan
  1. Mohd Fazly Mazlan
  2. Asaruddin Putra Omar
  3. Marcos Antonio (Brazil)
  4. Aidil Zafuan Abdul Razak
  5. Mahali Jasuli
  6. Mohd Amer Saidin
  7. Fadhl Shahs

Tengah
  1. Amirul Hadi Zainal
  2. Mohd Safiq Rahim (Kapten)
  3. S.Kunalan
  4. Gary Steven Robbat
  5. Harris Harun (Singapura)
  6. Mohd Shakir Shaari
  7. Azamuddin Akil
  8. Jasarin Jamaluddin
  9. S. Chanturu
  10. Junior Eldstal 
  11. Muhammad Akram Mahinan

Penyerang
  1. Paulo Rangel (Brazil)
  2. Safee Sali
  3. Jorge Pareyra Diaz (Argentina)
  4. Muhammad Azinee Taib
  5. Mohamad Amri Yahyah
Senarai Peserta Mentor Milenia 2016. Rancangan realiti tv terkenal terbitan Tv3, Mentor, kini kembali menemui penonton. Namun kali ini, pertandingan nyanyian ini dikenali sebagai MENTOR MILENA kerana pada musim ini ia hanya mensasarkan peserta lingkungan 17 hingga 21 tahun sahaja.

Selain itu, antara kelainan yang di bawa dalam Mentor Milenia adalah peserta tidak lagi menjadi protege (anak didik) kepada penyanyi lagenda atau otai negara tetapi diajar oleh penyanyi muda yang telah mencipta nama di negara ini. Antara mentor kali ini ialah, Azlan Typwriter, Black Hanifah, Hazama, dan Akim Ahmad.

Senarai Peserta Mentor Milenia 2016

Setakat ini hanya tiga protege telah dipilih oleh setiap mentor dan ketiga-tiga mereka bakal membuat persembahan sulung dalam konsert pengenalan nanti. Seorang bakal tersingkir dan hanya dua protege yang layak bertanding dalam Mentor Milenia.

Protege Hazama

Muhammad Fareez Hazwan, 18
Nurul Amira Mat Nasir, 20
Iqbal Jaafar, 20


Protege Black Hanifah

Nurul Syazwanie Mohd Basri, 21
Rossaidi Abdul Rani, 21
Ridzuan Haqiem Rusli, 17


Protege Akim Ahmad

Muhammad Afeeq Farhan Zulkifli, 20
Nur Saheeba Raja Iftikhar Ahmed Khan, 20
Yusmeerunafishah Yusof, 20


Protege Azlan Typwriter

Sharifah Nurilmuhayati Syed Hussain, 17
Nur Izzati Mohd Rashid, 21
Siti Wan Ainnur Mohd Redzuan, 17


Episod pertama Mentor Milenia bersiaran mulai 3 Januari 2016, setiap Ahad jam 9 malam di Tv3.

Artikel sebelum ini - Datuk Siti Nurhaliza Keguguran