Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi, dan Kepenggunaan (KPDNKK) mewujudkan aplikasi MyKira GST untuk membantu pengguna membuat semakan harga barang yang dikenakan GST.

Selain itu, aplikasi MyKira GST ini juga merupakan salah satu cara untuk pengguna membuat aduan berkenaan GST. Aduan boleh dibuat melalui saluran e-aduan yang disedian dalam aplikasi tersebut.

Download MyKira GST

Pengguna boleh muat turun aplikasi tersebut secara percuma melalui Google Play Store dan Apps Store mulai minggu pertama April 2015.

Buat pengguna Android, anda boleh muat turun MyKira GST di sini -> https://play.google.com/store/apps/details?id=com.govmy.kpdnkk.mykiragst


Fungsi MyKira GST

  1. Untuk semak lebih dari 10,000 harga produk dan perkhidmatan.
  2. Menjadi saluran buat pengguna untuk membuat aduan.
  3. Memberi panduan tetang GST kepada pengguna.
Semoga aplikasi ini dapat membantu anda untuk semak harga barang yang dikenakan GST.


Artikel sebelum ini: Harga Petrol RON95, RON97, dan Dieseil April 2015


Bermula Disember tahun lalu, harga minyak ditetapkan mengikut kaedah peapungan bahan terkawal. 

Harga minyak ditetapkan setiap bulan berdasarkan Purata Harga Pasaran bedasarkan bulan sebelumnya.

Senarai Harga Petrol dan Diesel April 2015


Harga jangkassn dikeluarkan oleh Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petronas Malaysia (PESAMP) dan ia akan digantikan dengan harga sebenar selepas harga baru diumukan KPDNKK.

 
Artikel sebelum ini: Awal Ashaari Hanya Cedera di Bibir


Pengacara popular, Awal Ashaari, hanya mengalami cedera ringan selepas kereta yang dinaikinya terbabas kemudian terbalik di Lebuhraya Utara-Selatan, dekat hentian R&R Ayer Keroh.

Artikel berkaitan: Gambar Awal Ashaari Kemalangan

Kereta BMW 6 Series miliknya dipandu oleh teman rapat, Izuan Mokhtar, 31.

Ketika ditemui wartawan dihospital, Awal mengatakan dia hanya cedera di bibir dan rakannya mengalami kecederaan di bahagian siku.

"Saya rasa tidak sihat pagi tadi, jadi saya hubungi rakan, Izuan, untuk menghantar saya ke karnival Jom Heboh di Melaka.

Kami memulakan perjalanan pada jam 9 pagi dan sejam kemudian, saya dapat  diri saya sudah terbaring dibahu jalan," katanya

Awal dan Izuan kemudian dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

"Saya telah menerima rawatan, Alhamdulillah kami berdua selamat," katanya.

Difahamkan, Awal dan Izuan dibenarkan keluar hospital hari ini.

sumber: NST




Awal Ashaari terbabit dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Utara-Selatan ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Jom Heboh Ayer Keroh, Melaka.

Kereta BMW 6 Series itu dipandu oleh rakannya, Izuan Mohktar, terbabas akibat brek tidak berfungsi dengan baik dan tayar belakang bocor.

Menurut wartawan Melodi Tv3, Awal dalam perjalanan untuk mengacarakan siaran langsung Melodi di Jom Heboh Melaka kira-kira jam 11 pagi tadi.



Walaubagaimanapun, suami kepada pelakon Scha Al-Yahya itu berada dalam keadaan sedarkan diri dan tidak mengalami kecederaan serius.

sumber: BHOnline


Tahniah diucapkan buat penyanyi, Adira, yang telah pun bertunang dengan pasangannya, Shahrul Nasrun 22 Disember lalu. Perkara ini telah disahkan oleh tunangnya sendiri melalui akaun Instagram miliknya serta pengumuman menerusi sebuah program hiburan.

Pengumuman ini juga menjawab segala teka-teki tentang kisah cinta mereka yang selama ini dinafikan Adira.

Pastinya Adira dan Shahrul sudah tidak sabar-sabar lagi untuk mendirikan rumahtangga. Semoga segala persiapan perkahwinan dapat diuruskan dengan baik dan lancar.

Gambar Pertunangan Adira dan Shahrul Nasrun



Artikel sebelum ini: Fizo Omar Derma Organ Lepas Meninggal Dunia



Pelakon, pengacara, dan usahawan muda, Fizo Omar berikrar akan mendermakan organ apabila meninggal dunia nanti.

Fizo sendiri mengesahkan perkara itu di laman Facebook miliknya dan perkara yang sama turut disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pemilik perniagaan Hot Burger ini berharap agar organ yang didermakannya memberi manfaat kepada penerima nanti.


Pada hari ini, saya telah berikrar untuk mendermakan organ saya setelah saya meninggal dunia nanti. Insya Allah, saya...
Posted by Fizo Omar on Friday, March 27, 2015

Selain itu, niat baik ini turut disuarakan kepada ibu dan isterinya.

"Saya telah memaklumkan perkara ini kepada isteri dan ibu saya. Ini bermakna hanya keluarga terdekat sahaja yang boleh memberi kebenaran untuk menderma organ," katanya


Artikel sebelum ini: Biodata Penuh Izreen Azminda

Wajahnya sering menghiasi drama popular, sama ada memegang watak baik atau antagonis, lakonan mantap Izreen Azminda sering mendapat tempat di hati penonton. 

Lakonan Izreen mula mendapat perhatian melalui watak Melly dalam drama Tentang Dhia. Namanya menjadi sebutan dek kerana berjaya membawa watak jahat itu.

Mari kita kenali pelakon Izreen Azminda dengan lebih dekat

BIODATA IZREEN AZMINDA

Nama Penuh: Izreen Azminda Aznam

Tarikh lahir: 30 Ogos 1985

Usia: 26 Tahun

Asal: Kangar, Perlis

Kerjaya: Pelakon, pengacara

Drama: Sesuci Cinta Sofia, CID 3278, Gerak Khas, Atiqah Najwa 2, Dilema Wanita, Air Mata Maria, Pasrah, Pria, Bella, Gila Auto Cinta, Apa Kata Cinta, Sedetik Aku Berpaling, Nenek Kebaya, Puteri Arora Beradu, Ragam Menantu, Gelora Di Hati Sara, Pasukan Gerakan Marin, Isabella, Juvana, Mendongak Ke Langit, Tentang Dhia, Penjara

Filem: Nana Tanjung 2, Otai

Program: Seekers (Musim 6), Mahligai Cinta, & In Trend

Pendidikan: Diploma Kewartawanan Integratif, Institut Media Integratif
Malaysia (MIIM).

Pencapaian: Tempat Ketiga, Dewi Remaja 2005/2006

Pernah berkahwin dengan Muhammad Riza Baharuddin pada 31 Ogos 2012, dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Umar. Namun, jodoh pasangan ini tidak berpanjangan dan berakhir tahun lalu selepas Riza memfailkan tuntutan cerai pada 14 Mei 2014.

Izreen Azminda mula melangkah ke industri hiburan negara apabila medapat tempat ketiga dalam pertandingan Dewi Remaja 2005/2006 yang dijuarai oleh Scha Al-Yahya.

Aktress ini pernah berkerja dibawah arahan Datuk Rosyam Nor dan menyahut cabaran untuk kurus dalam masa setahun. Hasilnya, Izreen berjaya menurunkan berat badan dari 70kg kepada 53kg.


Artikel sebelum ini: Rozita Che Wan Terima Kontrak 1 Juta



Pelakon terkenal, Rozita Che Wan mengakui menerima tawaran kontrak bernilai 1 juta dari syarikat tekstil terkemuka untuk mempromosikan produk selama tiga bulan.

Beliau yang mesra dengan panggilan Che Ta menjelaskan, dirinya tidak menerima jumlah dalam bentuk wang tunai sepenuhnya.

" Memang betul, tetapi saya tidak terima jumlah berkenaan dalam bentuk wang tunai sepenuhnya, tetapi merangkumi produk dari syarikat mereka," katanya.

Kontrak yang ditandatangani Che Ta itu merangkumi tiga jenama di bawah pengurusan syarikat berkenaan sempena Aidilfitri nanti.


Dalam pada itu, Che Ta memohon agar media tidak memperbesarkan soal kontraknya.


Tahniah buat Che Ta. Nampaknya rezeki mereka sekeluarga semakin bertambah selepas Che Ta berhijab sepenuhnya.


sumber: rotikaya


Artikel terdahulu: Bekas Styrofoam Diharamkan di Dataran Merdeka



Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengharamkan penggunaan bekas makanan styrofoam atau polisterin di Dataran Merdeka untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar hijau.

Pihak DBKL akan mengadakan kempen kesedaean untuk menjadikan Kuala Lumpur bebas dari bekas styrofoam. 

Selain itu, pihak berkaitan akan mengajar dan mengesyorkan rakyat Malaysia bekas makanan alternatif dan yang lebih selamat.

Datuk Bandar, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib, berkata, selain pengharaman bekas styrofoam ini, pihak DBKL akan membina laluan berbasikal yang lebih selamat di dalam bandar Kuala Lumpur.

"Ini merupakan salah satu persediaan kepada acara 'Cabaran Earth Hour Bandaraya KL' tahun depan," katanya.


Artikel sebelum ini: Punca Zayn Malik Tinggalkan One Direction



Dunia seni antarabangsa menerima berita mengejutkan apabila salah seorang anggota kumpulan One Direction, Zayn Malik mengambil keputusan untuk meninggalkan kumpulan itu.

Kehidupan saya bersama One Direction adalah melebihi daripada apa yang saya bayangkan selama ini. Tetapi selepas lima tahun, saya merasakan sekarang adalah masanya untuk saya meninggalkan kumpulan ini. Saya mahu memohon maaf kepada para peminat sekiranya mengecewakan mereka, tetapi saya perlu lakukan apa yang saya rasakan perlu.

Ingin jadi remaja normal 

Jejaka berusia 22 tahun itu membuat keputusan untuk meninggalkan kumpulan tersohor dunia atas alasan ingin menjadi remaja normal.

Saya mengundurkan diri kerana saya mahu menjadi seorang remaja berusia 22 tahun yang normal yang boleh tenang dan mempunyai masa sendiri daripada perhatian umum.

Saya tahu saya mempunyai empat sahabat dalam kehidupan pada Louis, Harry, Liam dan Niall. Saya tahu mereka akan meneruskan sebagai kumpulan penyanyi terbaik di dunia.

Tunang cemburu

Namun, menurut laporan BBC, Zayn meninggalkan kumpulan dari Britain itu kerana tertekan dengan masalah percintaan dengan tunangnya, Perry Edward.

Sebelum ini, Zayn telah menarik diri dari konsert jelajah One Direction atas alasan tertekan kerana fotonya bersama gadis lain di Thailand tersebar di laman sosial.

Jejaka kacukan British-Pakistan ini turut menyelar pihak yang cemburu dengan kebahagiaannya dengan Perry di laman Twitter baru-baru ini.

Ahli kumpulan bersedih

Selepas lima tahun bersama, Zayn mengambil keputusan untuk meninggalkan kami. Kami begitu sedih dengan pemergian Zayn, tetapi kami menghormati keputusannya dan mendoakan kejayaannya di masa akan datang.

Kami mengharungi lima tahun yang cukup gemilang dan banyak yang kami telah lalui bersama.
Nial, Harry, Louis, dan Liam akan meneruskan perjuangan kumpulan dengan empat orang ahli. 

Zayn menjadi sebahagian dari kumpulan itu sejak ia ditubuhkan oleh penerbit terkenal, Simon Cowell melalui rancangan realiti X Factor pada 2010. 

Sepanjang dalam dunia seni, One Direction menerbitkan empat buah album dan memiliki banyak lagu hit seperti Best Song Ever, Night Changes, dan What Makes You Beautiful.


Ramai gadis tengah bersedih ketika ini. Mana tidaknya, nama Zayn Malik sudah sinonim dnegan One Direction. Malah, Zayn merupakan yang paling terkenal berbanding ahli kumpulannya yang lain dek kerana wajah dan suaranya.


Artikel sebelum ini: Biodata Penuh Ungku Ismail


Jejaka tampan ini mula mendapat perhatian selepas membawa watak EL dalam drama bersiri Teman Lelaki Upahan di Tv3. Namun, sebenarnya Ungku Ismail Aziz telah banyak membintangi drama dan telemovie melayu sebelum ini, tetapi beliau jarang mendapat publisiti media.

Walaubagaimanapun, memegang watak utama dalam drama Teman Lelaki Upahan dianggap tuah buat Ungku. Kini, namanya menjadi sebutan ramai dek kerana perwatakkannya dalam drama tersebut. 

Gaya percakapan Ungku yang macho dan soft-spoken menjadi 'trademark' beliau. Ungku juga merupakan salah seorang peserta Fear Factor Malaysia musim pertama.



Jom kita kenal dengan lebih lanjut jejaka bernama Ungku Ismail Aziz ini.

BIODATA PENUH UNGKU ISMAIL AZIZ

Nama penuh: Ungku Ismail Bin Ungku Abdul Aziz
Nama komersial: Ungku Ismail
Tarikh lahir: 26 Disember 1985
Tinggi : 185 cm
Berat : 80 kg
Kerjaya : Pelakon, Pengarah dan Penulis Skrip
Karektor : Suka memerhati dan suka berfikir
Pendidikan:  Ijazah dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal dari University of Strathclyde, Glasgow, Scotland, United Kingdom

Drama: Teman Lelaki Upahan,Terlanjur Mencintaimu,Apabila Kau Tersenyum, Sutun 2, Dunia Baru, Saka Jentayu,Kashaf Imani ,Cici & Roy, 3 Janji,Cinta Si Bunga Tembam,Tetamu Rindu, Antara Garisan, SyurgaMu Ramadhan, Kisah Cinta.




Artikel sebelum ini: Harga Rokok Selepas GST



Semalam kami ada terbaca satu post dari perkongsian rakan-rakan Facebook mengatakan harga rokok akan naik selepas perlaksanaan GST pada 1 April nanti.

Berikut adalah harga baru rokok yang didakwa berkuatkuasa 1 April nanti. 

klik untuk besarkan gambar
Walaubagaimanapun, tiada pengesahan dari pihak kerajaan berkenaan kenaikkan harga rokok selepas GST.

Jika anda masih ingat, kali terakhir harga rokok dinaikkan adalah pada November 2014 atas alasan untuk mendidik rakyat Malaysia tentang bahaya rokok.

Sebenarnya sama ada naik atau turun tidak pernah menjadi masalah kepada perokok kerana mereka sudah ketagih. Perokok sanggup membelanjakan ratusan ringgit sebulan untuk membeli rokok.


Artikel sebelum ini: Lana Nordin dan David McKeinzie Kahwin 15 Mei



Pelakon, Lana Nordin mengumumkan akan berkahwin dengan pilihan hatinya David McKienzie Abdullah pada 15 Mei 2015 ini.

Lana mula mengenali David atau nama Islamnya, Daud McKeinzie Abdullah ketika menghadiri sebuah acara sukan di Singapura. Menurut Lana, pintu hatinya terbuka untuk mengenali David denga lebih dekat apabila melihat kesungguhan lelaki itu.

"Walaupun baru dua hari berkenalan, David terus menghubungi saya dan ingin mengenali saya dengan lebih rapat. Kebetulan pula, ketika itu saya sedang mencari teman yang serius dan dia hadir dalam hidup saya."

David berasal dari Amerika Syarikat dan merupakan atlet bola tampar yang mewakli Amerika dalam sukan Olimpik. 

Lana mengakui sikap jujur dan lurus bendul David lah yang sebenarnya memikat hatinya.

"David seorang lelaki yang suka berterus-terang, jujur, dan lurus bendul. Paling penting, walaupun dia orang barat, namun David tidak merokok dan tidak minum arak. Ciri-ciri itu lah yang memikat hati saya," katanya lagi.


Menurut Lana, lelaki kacukan Irish dan Filipina ini tidak mempunyai masalah menyesuaikan diri dengan masakan Asia kerana ibunya berbangsa Filipina.

Gambar bakal suami Lana Nordin, David McKeinzie




Majlis perkahwinan Lana Nordin bakal berlangsung di Hotel Vistana, Kuala Lumpur. Bermula dari malam berinai, akad nikah hingga lah ke majlis persandingan, semuanya akan diadakan di lokasi yang sama.

Tahniah buat pasangan ini. Semoga majlis perkahwinan nanti dapat berlangsung dengan lancar.




Artikel sebelum ini: Tarikh Peperiksaan SPM, UPSR, PT3, STAM 2015



Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan takwim peperiksaan awam sekolah rendah dan menengah bagi tahun 2015.

Berikut adalah tarikh / kalendar peperiksaan UPSR, SPM, PT3, dan STAM 2015


Tarikh peperiksaan awam 2015 ini tertakluk kepada pindaan Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Semoga jadual ini dapat menjadi rujukan calon-calon dan para ibu bapa.


Artikel sebelum ini:  Aiman dan Fathia Tangguh Kahwin sebab Kontrak


Rasanya semua dah tahu tentang hubungan cinta antara Aiman Hakin dan Nur Fathia, Rupa-rupanya dalam diam mereka merancang untuk berkahwin.

Namun, hasrat mereka terpaksa ditangguhkan kerana masing-masing terikat dengan kontrak iklan.

Menurut pelakon Vanila Coklat ini, mereka masih terikat dengan kontrak iklan yang memerlukan mereka berstatus bujang dan status itu perlu dikekalkan dalam tempoh tertentu.

" Saya terikat dengan produk Garnier  selama lima tahun dan Fathia mempunya kontrak dengan Avon selama lima tahun. Kami boleh berkahwin tetapi perkara ini perlu dimaklukan lebih awal kepada syarikat terbabit."

Selain itu Aiman mengakui dirinya lebih matang dalam menangani isu kontroversi. Beliau menjelaskan hubungannya dengan Fathia semakin baik dan tidak mahu memikirkan masalah yang berlaku kepada mereka baru-baru ini.

Artikel berkaitan: Aiman Hakin dan Nur Fathia Putus Cinta


Artikel sebelum ini: Sinopsis Drama Bencinta di Tv3


Stesen nombor satu negara, Tv3, itu akan menghidangkan anda dengan sebuah lagi drama hebat berjudul BENCINTA yang bakal menghiasi Slot Samarinda khas buat tontonan anda.

Drama 15 episod terbitan Zeel Production ini diarahkan oleh Suhaimi Lua Abdullah dan skrip ditulis oleh Mufid Shuhaimi.

Bencinta menampilkan pelakon hebat, Nur Fathia dan Fattah Amin sebagai teraju utama dan dibantu pelakon berbakat seperti Erwin Dawson, Bella Dally, Nazeera Sardi, Datuk Eizlan Yusof, Amy Mastura, Sabrina Ali, dan Abdul Rahman Suud.



Drama Bencinta bakal menemui anda mulai 31 Mac 2015, setiap Rabu dan Khamis, jam 10 malam di Tv3.

Sinopsis Drama Bencinta Tv3

Mengisahkan tentang seorang pemuda, Nabil, yang menyimpan perasaan dendam terhadap Datuk Majid kerana usahawan itu telah melanggar ibunya satu ketika dahulu.

Datuk Majid walaubagaimanapun bersimpati dengan nasib abil seorang anak yatim piatu. Oleh itu Datuk Majid mengambil Nabil sebagai anak angkat dan memeliharanya sehingga dewasa.

Namun, perasaan dendam yang tidak berkesudahan dalam diri Nabil menimbulkan masalah kepada dirinya dan keluarga Datuk Majid.

Nabil dalam diam menaruh perasaan cinta terhadap Nabila, iaitu anak kandung Datuk Majid.

Bagaimanakan kesudahan cinta mereka? Dapatkah Nabil melupakan dendamnya demi kasih terhadap Nabila?
Menariknya tentang drama ini,  penonton sendiri akan tertanya-tanya sama ada Nabil merupakan watak baik atau jahat kerana jejaka itu mempunyai dua personaliti yang berbeza.

OST/Lagu Tema Bencinta 


Nyanyian: Nieyl dan Sabhi Saddi


Artikel sebelum ini: Lana Nordin Kahwin 25 Mac Ini?


Pelakon jelita, Lana Nordin mengumumkan beliau bakal berkahwin pada 25 Mac ini. Berita ini disahkan sendiri oleh beliau dengan menghubungi Berita Harian untuk menjemput ke sidang media berhubung perkahwinannya itu.

Walaubagaimanapun, Lana enggan mengulas lanjut tentang majlis itu kerana mahu memberi kejutan pada tarikh berkenaan.

"Datang saja ke sidang media itu. Nanti saya akan jelakan segala-galanya," kata Lana.

Pelakon yang terkenal dengan drama Cinta Ibadah ini pernah dikaitkan dengan jejaka Inggeris, pelakon Johan As'ari, dan golongan VIP.


Artikel sebelum ini: Nazim Othman Selamat Jalani Pembedahan Otak




Dua minggu lalu kita dikejutkan dengan berita tentang aktor Nazim Othman menghidap kanser otak. Walaupun Nazim belum lagi mengesahkan penyakitnya, para peminat boleh mengagak melalui foto yang dikongsinya.

Terbaharu, Nazim memuat naik fotonya dengan kapsyeb menerangkan beliau telah selamat menjalani pembedahan otak.

Nazim turut kelihatan mempunyai parut dibahagian kanan kepalanya.

Selain itu, pelakon yang terkenal melalui drama Dejavu di Kinabalu ini turut memohon maaf kepada peminatnya kerana berdiam diri dalam hal ini. Katanya, dia memerlukan ruang dan masa untuk menyendiri.

Walaubagaimanapun, Nazim berterima kasih kepada mereka yang sering mendoakan kesihatannya.

Artikel sebelum ini:  Zul Ariffin dan Gayatri Bercuti di Bali


Kami pasti peminat pelakon kacak, Zul Ariffin makan hati lepas tengok gambar manja Zul dan kekasihnya bercuti di Bali ni.'

Ternyata, selepas segala populariti yang dikecapi Zul, hubungannya dengan Gayatri masih teguh. Di fahamkan mereka ke Bali bukan berdua, tetapi bersama keluarga Zul.

Khabarnya Zul dan Gayatri sudahpun bersedia untuk mengikat tali perkahwinan . Gayatri cuma menunggu 'green light' sahaja dari Zul untuk memeluk agama Islam.

Artikel berkaitan: Kekasih Zul Ariffin Sedia Peluk Islam

Kami di Nikky News berharap hubungan mereka diakhiri dengan ikatan perkahwinan satu hari nanti.

GAMBAR Zul Ariffin dan Gayatri Bercuti di Bali 




 Artikel sebelum in: Perkahwinan Bukti Cinta Romie Pada Hanez
 

Suami Hanez Suraya, Romie Razin Adilha menganggap perkahwinannya sebagai tanda cinta yang mendalam terhadap aktres itu.
 
Selepas kontroversi yang melanda mereka tahun lalu, kami akhiri hubungan dengan ikatan yang sah.

"Perkahwinan ini sebagai tanda cinta saya terhadap Hanez selepas kami melalui pelbagai dugaan bersama." katanya



Romie berharap dapat menunaikan tanggungjawab sebagai suam yang baik selepas ini.

Selain itu, duda beranak dua ini juga mahu Hanez mampu dan menerima dan menjaga anak-anaknya dengan penuh kasih sayang.

"Saya harap Hanez kuat dalam membesarkan anak-anak kerana bukan senang untuk menggalas tanggungjawab itu. Tapi alhamdulillah anak-anak saya memang rapat dengan Hanez sejak dari dulu."

Hanez Suraya selamat diijabkabulkan dengan Romie dengan sekali lafaz di Masji Putra, Putrajaya, semalam.

Artikel berkaitan:(Gambar) Sekitar Majlis Akad Nikah Hanez Suraya dan Romie

Semoga tiada lagi kontroversi yang melanda pasangan ini dan kami berhari mereka dapa melayari bahtera perkahwinan dengan bahagia.


Artikel sebelum ini:  Bau Busuk Tandas, Pesawat British Airways Patah Balik

Pesawat British Airways yang dalam perjalanan ke Dubai berpatah balik kerana bau busuk dari dalam tandas. Psawat Itu terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Heathrow, London.

Menurut anggota majlis perbandaran dari Hertfordshire, kru kabin gagal menyelesaikan masalah tersebut sekaligus mengganggu keselesaan penumpang dengan bau busuk.

Bau busuk itu datangnya dari cecair najis dan juruterbang membuat pengumuman di ruang udara Belgium seleas 30 minit berlepas.

British Airways memhon maaf di atas kejadian itu dan memberi penumpang penginapan di hotel secara percuma selain menggantikan penerbangan lain pada hari berikutnya. 

Artikel sebelum ini: (GAMBAR) Pesawat Jupiter Indonesia Terhempas di LIMA '15






Dua pesawat Jupiter Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (AU-TNI) terhempas ketika melakukan latihan aerobatik di acara LIMA '15 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) jam dua petang tadi.

Kejadian itu berlaku ketika enam pesawat jenis KT-1Bsedang berlegar diruang udara MIEC sebelum dua daripadanya berselisih dan terhempas.

Pesawat tersebut terhempas diluar kawasan lapangan terbang, kemudia disusuli api dan kepulan asap.

Walaubagaimanapun, juruterbang dan pembantu juruterbang sempat keluar dengan payung terjun sebelum pesawat yang dipandu terhempas.

Anggota keselamatan mengesahkan keempat-empat juruterbang dan pembantu selamat.


(GAMBAR) Pesawat Jupiter Indonesia Terhempas di LIMA '15






sumber: bharian


Artikel sebelum ini: (Gambar) Sekitar Majlis Akad Nikah Hanez Suraya dan Romie


Pelakon yang dilanda kontroversi tahun lalu, Hanez Suraya, telah selamat menjadi isteri kepada pasangannya, Romie Razin Adilha Datuk Abd Jaiz dengan sekali lafaz di Masjid Putra, Putrajaya.

Pengantin perempuan menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dari pohak lelaki dengan mas kahwin RM20,000. 

Hanez menerima hantaran seperti Al-Quran, set wangian, rantai, alat soleh, beg tangan, tepak sirih, mas kahwin, dan hantaran.

Ketika ditemubual pihak media, Hanez kelihatan gembira bercampur sebak serta meminta peminat mendoakan yang terbaik buatnya dan suami. Selain itu Hanez juga ingin memulakan hidup baharu dan mahu melupakan kisah lalu. 

Gambar Perkahwinan Hanez Suraya dan Romie








Gambar: Rotikaya

Tahniah buat Hanez dan Romie, diharap rumahtangga yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat. 


p/s: Yang dok kutuk dia kat laman sosial tu sudah-sudah la. Move on okay?


Artikel sebelum ini: Semak Tawaran ke Tingkatan 6 2015 / 2016