Punca Zayn Malik Tinggalkan One Direction



Dunia seni antarabangsa menerima berita mengejutkan apabila salah seorang anggota kumpulan One Direction, Zayn Malik mengambil keputusan untuk meninggalkan kumpulan itu.

Kehidupan saya bersama One Direction adalah melebihi daripada apa yang saya bayangkan selama ini. Tetapi selepas lima tahun, saya merasakan sekarang adalah masanya untuk saya meninggalkan kumpulan ini. Saya mahu memohon maaf kepada para peminat sekiranya mengecewakan mereka, tetapi saya perlu lakukan apa yang saya rasakan perlu.

Ingin jadi remaja normal 

Jejaka berusia 22 tahun itu membuat keputusan untuk meninggalkan kumpulan tersohor dunia atas alasan ingin menjadi remaja normal.

Saya mengundurkan diri kerana saya mahu menjadi seorang remaja berusia 22 tahun yang normal yang boleh tenang dan mempunyai masa sendiri daripada perhatian umum.

Saya tahu saya mempunyai empat sahabat dalam kehidupan pada Louis, Harry, Liam dan Niall. Saya tahu mereka akan meneruskan sebagai kumpulan penyanyi terbaik di dunia.

Tunang cemburu

Namun, menurut laporan BBC, Zayn meninggalkan kumpulan dari Britain itu kerana tertekan dengan masalah percintaan dengan tunangnya, Perry Edward.

Sebelum ini, Zayn telah menarik diri dari konsert jelajah One Direction atas alasan tertekan kerana fotonya bersama gadis lain di Thailand tersebar di laman sosial.

Jejaka kacukan British-Pakistan ini turut menyelar pihak yang cemburu dengan kebahagiaannya dengan Perry di laman Twitter baru-baru ini.

Ahli kumpulan bersedih

Selepas lima tahun bersama, Zayn mengambil keputusan untuk meninggalkan kami. Kami begitu sedih dengan pemergian Zayn, tetapi kami menghormati keputusannya dan mendoakan kejayaannya di masa akan datang.

Kami mengharungi lima tahun yang cukup gemilang dan banyak yang kami telah lalui bersama.
Nial, Harry, Louis, dan Liam akan meneruskan perjuangan kumpulan dengan empat orang ahli. 

Zayn menjadi sebahagian dari kumpulan itu sejak ia ditubuhkan oleh penerbit terkenal, Simon Cowell melalui rancangan realiti X Factor pada 2010. 

Sepanjang dalam dunia seni, One Direction menerbitkan empat buah album dan memiliki banyak lagu hit seperti Best Song Ever, Night Changes, dan What Makes You Beautiful.


Ramai gadis tengah bersedih ketika ini. Mana tidaknya, nama Zayn Malik sudah sinonim dnegan One Direction. Malah, Zayn merupakan yang paling terkenal berbanding ahli kumpulannya yang lain dek kerana wajah dan suaranya.


Artikel sebelum ini: Biodata Penuh Ungku Ismail

0 comments:

Post a Comment