Sinopsis Drama Bencinta di Tv3



Stesen nombor satu negara, Tv3, itu akan menghidangkan anda dengan sebuah lagi drama hebat berjudul BENCINTA yang bakal menghiasi Slot Samarinda khas buat tontonan anda.

Drama 15 episod terbitan Zeel Production ini diarahkan oleh Suhaimi Lua Abdullah dan skrip ditulis oleh Mufid Shuhaimi.

Bencinta menampilkan pelakon hebat, Nur Fathia dan Fattah Amin sebagai teraju utama dan dibantu pelakon berbakat seperti Erwin Dawson, Bella Dally, Nazeera Sardi, Datuk Eizlan Yusof, Amy Mastura, Sabrina Ali, dan Abdul Rahman Suud.



Drama Bencinta bakal menemui anda mulai 31 Mac 2015, setiap Rabu dan Khamis, jam 10 malam di Tv3.

Sinopsis Drama Bencinta Tv3

Mengisahkan tentang seorang pemuda, Nabil, yang menyimpan perasaan dendam terhadap Datuk Majid kerana usahawan itu telah melanggar ibunya satu ketika dahulu.

Datuk Majid walaubagaimanapun bersimpati dengan nasib abil seorang anak yatim piatu. Oleh itu Datuk Majid mengambil Nabil sebagai anak angkat dan memeliharanya sehingga dewasa.

Namun, perasaan dendam yang tidak berkesudahan dalam diri Nabil menimbulkan masalah kepada dirinya dan keluarga Datuk Majid.

Nabil dalam diam menaruh perasaan cinta terhadap Nabila, iaitu anak kandung Datuk Majid.

Bagaimanakan kesudahan cinta mereka? Dapatkah Nabil melupakan dendamnya demi kasih terhadap Nabila?
Menariknya tentang drama ini,  penonton sendiri akan tertanya-tanya sama ada Nabil merupakan watak baik atau jahat kerana jejaka itu mempunyai dua personaliti yang berbeza.

OST/Lagu Tema Bencinta 


Nyanyian: Nieyl dan Sabhi Saddi


Artikel sebelum ini: Lana Nordin Kahwin 25 Mac Ini?

0 comments:

Post a Comment