Erin Malek Sah Hamil Anak Kembar




Tahniah diucapkan buat pelakon muda, Erin Malek yang disahkan mengandung hasil perkahwinannya dengan Farriz Fauzy. Menambahkan lagi kegembiraan, aktres ini dikhabarkan sedang hamil anak kembar.

Berita baik ini disahkan sendiri oleh Erin kepada Berita Harian selain berkongsi sekeping sekeping foto dengan peminat di laman sosialnya.


Erin sebelum ini memberitahu kepada umum yang dia dan pasangan tidak terburu-buru dalam soal anak kerana mereka baru sahaja berkahwin. Namun juara Fear Factor musim kedua ini turut menegaskan dirinya tidak merancang kehamilan.

Tahniah buat mereka berdua. Semoga Erin dan bayi sihat dan dapat melalui fasa kehamilan dengan lancar.

Artikel sebelum ini: Harrison Ford Terbabit Nahas Pesawat

0 comments:

Post a Comment