Aiman dan Nur Fathia Tangguh Kahwin Sebab Kontrak



Rasanya semua dah tahu tentang hubungan cinta antara Aiman Hakin dan Nur Fathia, Rupa-rupanya dalam diam mereka merancang untuk berkahwin.

Namun, hasrat mereka terpaksa ditangguhkan kerana masing-masing terikat dengan kontrak iklan.

Menurut pelakon Vanila Coklat ini, mereka masih terikat dengan kontrak iklan yang memerlukan mereka berstatus bujang dan status itu perlu dikekalkan dalam tempoh tertentu.

" Saya terikat dengan produk Garnier  selama lima tahun dan Fathia mempunya kontrak dengan Avon selama lima tahun. Kami boleh berkahwin tetapi perkara ini perlu dimaklukan lebih awal kepada syarikat terbabit."

Selain itu Aiman mengakui dirinya lebih matang dalam menangani isu kontroversi. Beliau menjelaskan hubungannya dengan Fathia semakin baik dan tidak mahu memikirkan masalah yang berlaku kepada mereka baru-baru ini.

Artikel berkaitan: Aiman Hakin dan Nur Fathia Putus Cinta


Artikel sebelum ini: Sinopsis Drama Bencinta di Tv3

0 comments:

Post a Comment