Nazim Othman Selamat Jalani Pembedahan Otak




Dua minggu lalu kita dikejutkan dengan berita tentang aktor Nazim Othman menghidap kanser otak. Walaupun Nazim belum lagi mengesahkan penyakitnya, para peminat boleh mengagak melalui foto yang dikongsinya.

Terbaharu, Nazim memuat naik fotonya dengan kapsyeb menerangkan beliau telah selamat menjalani pembedahan otak.

Nazim turut kelihatan mempunyai parut dibahagian kanan kepalanya.

Selain itu, pelakon yang terkenal melalui drama Dejavu di Kinabalu ini turut memohon maaf kepada peminatnya kerana berdiam diri dalam hal ini. Katanya, dia memerlukan ruang dan masa untuk menyendiri.

Walaubagaimanapun, Nazim berterima kasih kepada mereka yang sering mendoakan kesihatannya.

Artikel sebelum ini:  Zul Ariffin dan Gayatri Bercuti di Bali

0 comments:

Post a Comment