Bau Busuk Tandas, Pesawat British Airways Patah Balik


Pesawat British Airways yang dalam perjalanan ke Dubai berpatah balik kerana bau busuk dari dalam tandas. Psawat Itu terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Heathrow, London.

Menurut anggota majlis perbandaran dari Hertfordshire, kru kabin gagal menyelesaikan masalah tersebut sekaligus mengganggu keselesaan penumpang dengan bau busuk.

Bau busuk itu datangnya dari cecair najis dan juruterbang membuat pengumuman di ruang udara Belgium seleas 30 minit berlepas.

British Airways memhon maaf di atas kejadian itu dan memberi penumpang penginapan di hotel secara percuma selain menggantikan penerbangan lain pada hari berikutnya. 

Artikel sebelum ini: (GAMBAR) Pesawat Jupiter Indonesia Terhempas di LIMA '15




0 comments:

Post a Comment