Harrison Ford Terbabit Nahas Pesawat


Aktor Hollywood, Harrison Ford, 72, kritikal selepas pesawat ringan yang dipandunya terhempas di sebuah padang golf dekat California hari ini.

Pihak berkuasa berkata, Ford berada dalam keadaan sedar dan mengalami pendarahan di bahagian muka ketika anggota keselamatan tiba.

Manurut laporan Daily News, saksi ternampak pesawat ringan itu terbang rendah sebelum terhempas di padang golf.

Ford yang terkenal melalui filem pengembaraan Indiana Jones ini turut membawak watak sebagai Presiden Amerika Syarikat dalam filem Air Force One. 


Artikel sebelum ini:  Che Ta Kini Bertudung Sepenuhnya

0 comments:

Post a Comment