Umum mengetahui bahawa bintang bola sepak dunia, David Beckham kini berada di Malaysia untuk mempromosikan produk minuman terbaharu. Seperti biasa, Beckham tampil segak memakai sut dalam satu majlis yang di hoskan pereka kasut terkenal dunia, Datuk Jimmy Choo.

Jika anda menonton konsert Akademi Fantasia malam tadi, anda pasti perasan ketika Wak Doyok membuat penampilan khas dengan memberikan hadiah sumbangan The Garment Movement kepada Ewal, Zarif, dan Azwan.


Namun, hadiah itu hanya diberikan kepada semua pelajar lelaki kecuali Firman. Ini menimbulkan kemarahan peminat tegar Firman dan menganggap Wak Doyok tidak berlaku adil kepada Firman.

Rata-rata penonton konsert semalam meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Wak Doyok di laman sosial. 

Walaubagaimanapun, menurut Wak Doyok ini hanyalah gimik semata-mata kerana sewaktu beliau menerjah asrama pelajar lelaki, terdapat sesuatu tentang Firman yang menyentuh hatinya.

"Kita sebenarnya nak buat gimik. Saya ada membuat pemeriksaan di asrama mereka dan Firman telah menyentuh hati saya," katanya. 

Menurut Wak Doyok, dia dan pihak Astro akan membuat kejutan istimewa untuk Firman di dalam akademi nanti.

Kita buat special untuk Firman, bukan di sini, tapi dalam akademi nanti. Beliau turut meminta peminat tidak mengambil hati dengan tindakannya kerana dia telah menyediakan sesuatu yang istimewa buat Firman.




Pelakon dan pengacara, Dira Abu Zahar berdepan detik mendebarkan apabila hampir disamun ketika berada di dalam kereta. Cubaan samun itu gagal, dan hanya cermin sebelah pemandu yang mengalami kerosakkan. 

Dira yang berkongsi detikdetik cemas itu melalui laman Facebook miliknya berkata, cermin gelap yang dipasang pada keretanya membantu dalam mengagalkan usaha penyamun itu.


Beliau turut menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan berwaspada dengan keadaan sekeliling.


Entri sebelum ini: Gambar Pernikahan TMJ dan Cik Khaleeda




Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim sah bergelar suami kepada Che Puan Khaleeda setelah dalam satu majlis penuh adat istiada yang berlangsung di Istana Bukit Serene, pagi tadi.

Istiadat akad nkah dilaksanakan oleh Mufti Johor, Sohibus Samahah Datuk Mohd Tahrir Samsudin dan dihadiri kaum kerabat Diraja Johor, dan turut kelihatan pemain pasukan Johor Darul Takzim, Aidil Zafuan dan Safiq Rahim. 

Pasangan Diraja ini bakal melangsungkan majlis persandingan pada 8 November ini bertempat di Istana Besar Johor. 

Che Khaleeda Bustaman yang kini bergelar Che Puan menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Taman Seri Gombak dari 2000 hingga 2003, kemudian meneruskan pelajaran di seklah St George's Hanover Square London.

Che Puan Khaleeda kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Westminter Academy London dari 2004 hingga 2008 sebelum pulang ke Malaysia pada 2010 dan meneruskan pengajian di Sekolah Sri Utama.

Gambar sekitar majlis perkahwinan TMJ dan Che Puan Khaleeda



 




 Entry terdahulu: Rahsia dan Tips Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibrahim
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibrahim
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibrahim
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibrahim
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibrahim
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibrahim
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibrahim
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibrahim


Umum mengetahui berkerja di sektor awam adalah impian semua orang kerana banyak kelebihannya. Antara kelebihan kerja kerajaan adalah: 

1. Naik gaji setia tahun
2. Cut bersalin
3. Umur persaraan 60 tahun
4. Caruman KWSP dan Skim Pencen
5. Cost of Living
6. Cuti bersalin
7. Peluang kenaikan pangkat
8. Cuti di hari minggu

Disebabkan banyak manfaatnya, ramai yang memohon untuk berkerja di sektor awam namun tidak semua berjaya. Ini kerana anda perlu melalui temuduga yang sukar dan anda perlu ingat bahawa ramai lagi calon yang hadir dengan resume hebat untuk memohon kerja kerajaan. Jadi persaingan cukup sengit. 

Tapi anda tidak perlu risau kerana ebook RAHSIA LULUS TEMUDUGA KERAJAAN boleh boleh membantu untuk dijadikan rujukan sebagai persediaan temuduga kerajaan nanti.

Apa itu ebook?


ebook adalah buku panduan dalam format PDF yang disimpan di dalam komputer, telefon pintar atau tablet, ebook juga boleh dicetak pada bila-bila masa. Jangan risau, setiap peranti seperti komputer atau telefon pintar telah tersedia dengan aplikasi ini. Anda perlu klik atau 'tap' sahaja untuk membacanya.

ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan ini terbukti berkesan kerana telah ramai yang membaca panduan ini berjaya mendapat kerja di sektor awam. Jika tidak percaya, anda boleh semak sendiri di: kerja-kerajaan.com untuk lihat testimoni mereka yang telah berjaya.
 
ebook Rahsia Lulus Temuduga ini terbahagi kepada beberapa modul antaranya:

Rahsia Persiapan Temuduga kerajaan - anda didedahkan dengan situasi sebelum dan semasa temuduga

Teknik Menjawab Soalan Temuduga kerajaan

- Setiap temuduga akan dikendalikan oleh pegawai yang berpengalaman dan mereka aka mengajukan soalan diluar jangkaan anda. Dengan ebook ini anda akan diajar cara untuk menjawabnya. 

Contoh Soalan dan Skema Jawapan Temuduga kerajaan

- Dalam modul ini anda akan didedahkan dengan contoh soalan yang sering ditanya ketika sesi temuduga kerajaan dan anda akan diajar cara menjawab soalan 'trick'

Rahsia Penulisan Resume Temuduga kerajaan

- Anda akan diajar bagaimana untuk menulis resume yang berkualiti yang bisa menambat hati bakal majikan. Menariknya resume hadir dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.


Anda boleh mendapatkan ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan dengan harga RM40 sahaja daripada harga asal RM77. Membeli ebook ini ibarat melabur untuk masa hadapan. Dengan RM40, ia membantu anda mendapatkan pekerjaan yang membolehkan anda dapat gaji setiap bulan.

Untuk dapatkan ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan laman web kerja-kerajaan.com. Jika anda tidak berpuas hati dengan ebook ini, wang anda akan dikembalikan dalam masa 365 hari.

Jika masih belum yakin dengan ebook ni anda boleh langgan secara PERCUMA di link INI sebelum buat keputusan untuk beli.



Dengan sekali lafaz, penyanyi dan pengacara, Alif Satar telah sah menjadi suami kepada pasangannya Sha Dila dalam satu majlis di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur.
Pengantin perempuan menerima mas kahwin sebanyak RM80 dan dihadiahkan wang hantaran sebanyak RM19,000. 

Majlis yang berlangsung kira-kira jam 11.40 pagidi Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur itu dihadiri keluar kedua0dua belah pihak dan rakan artis. Majlis resepsi untuk meraikan kedua pengantin ini bakal diadakan pada 20 September ini. 
Gambar kahwin Alif Satar dan Sha Dila








Zarema Zainal, isteri kepada kapten skuad Harimau Malaya, Aidil Zafuan, kini sedang hamil anak pertama mereka. Walaupun Aidil mahupun Zarema tidak membuat pengumuman secara rasmi, berita gembira tu disampaikan oleh rakan baik mereka, iaitu pelakon popular, Nora Danish melalui laman Instagram miliknya.

Zarema kelihatan semakin cantik dan berseri-seri apabila membuat keputusan untuk memakai jihab setelah pulang dari mengerjakan umrah bersama Aidil baru-baru ini.
Aidil dan Zarema diijab kabulkan pada 4 Mac lalu dan merupakan perkahwinan kedua Aidil selepas berpisah dengan pelakon Rita Rudaini.
 
Ini merupakan cahaya mata sulung Aidil bersama Zarema, dan merupakan anak ketiga selepas dikurniakan dua cahaya mata bersama Rita.
Tahniah diucapkan buat kedua pasangan ini dan semoga Zarema menjalani tempoh kehamilan dengan lancar dan selamat.



Penyanyi bervokal lantang, Jaclyn Victor mengumumkan yang beliau sudah berkahwin dengan penyanyi kumpulan R&B Az Yet, Shawn Rivera sejak 19 Julai lalu.

Juara Malaysian Idol musim pertama itu mendedahkan mereka berkahwin di
The First Unitarian Church of Philadelphia, Amerika Syarikat (AS) di hadapan 35 tetamu.

Jaclyn atau nama sebenarnya Jaclyn Joshua Thanaraj Victor, 36, mendedahkan berita dan suaminya kepada media dalam satu majlis yang berlangsung di Istana Budaya.


Menurut Jaclyn, majlis perkahwinannya diadakan secara tertutup dan hanya di hadiri ahli keluarga sahaja.

"Ia sebuah majlis yang sangat peribadi dan dihadiri oleh 35 ahli keluarga sahaja," katanya.

Gambar Suami Jaclyn Victor 





Tambahnya, selepas lebih setahun berkenalan mereka bersetuju untuk mengikat tali perkahwinan setelah pertama kali berkerjasama dalam Magical Moment terbitan KRU Studios, awal tahun lalu. 

Rivera merupakan ahli kumpulan R&B Az Yet yang popular pada era 90-an kini aktif sebagai penulis dan penerbit lagu, dan kini menetap di AS.

Pasangan itu akan mengadakan majlis resepsi kecil untuk ahli keluarga pada September.



Anak Ally Iskandar dan Farah Lee

Pengacara dan personaliti Tv3, Ally Iskandar, 38, kini bergelar bapa selepas isterinya, Farah Lee, selamat melahirkan bayi sulung mereka di sebuah hospital di Shah Alam, malam tadi.

Ally berkata, bayi perempuan yang dilahirkan pada jam 9 malam itu akan mengeratkan lagi hubungan mereka sebagai suami isteri kerana sebelum ini mereka sering berjauhan kerana isterinya menuntut di Korea Selatan.

"Kehadiran bayi ini bakal mengeratkan lagi hubungan kami, walaupun beberapa tahun bersama kami masih dalam proses mengenali kerana sering berjauhan sebelum ini," katanya.
 
Ally dan Farah diijab kabulkan pada 20 Januari 2012 di Masjid Kristal. Kuala Terengganu.




Pelakon dan pengacara popular, Awal Ashaari,33, kini bergelar bapa apabila isterinya, Scha Al-Yahya, 31, yang juga seorang pelakon selamat melahirkan bayi perempuan, semalam. 

Bayi seberat 3.17kilogram itu dilahirkan pada pukul 5.50 petang di Pusat Perubatan Prince Court. 

Awal berkongsi berita gembira itu bersama peminat dengan berkongsi foto jarinya dalam genggaman bayinya dan turut memberitahu isteri dan anaknya dalam keadaan sihat.

Beliau turut berterima kasih terhadap keluarga, rakan, serta peminat yang sering mendoakan kesejahteraan mereka bertiga. 




"Terima kasih kepada semua termasuk ahli keluarga, rakan-rakan serta peminat yang tidak putus mendoakan keselamatan dan kesejahteraan kami anak-beranak. Hanya Allah sahaja yang membalasnya,'' katanya


Entry terdahulu: Didie Alias Selamat Bersalin



Pelakon dan pelawak popular, Didie Alias telah selamat melahirkan bayi lelaki di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya, awal pagi tadi.

Bayi yang dilahirkan pada jam 3.35 pagi itu merupakan cahaya mata pertama Didie, 41, bersama suami kedua, Norisham Ismail, yang bernikah pada 2006.

Didie turut berkongsi gambar anaknya di laman sosial..

Pelawak yang diberi jolokkan 'Lady Gaga' Malaysia sebelum ini telah dikurniakan lima cahaya mata haril perkahwinan pertamanya. Tahniah diucapkan kepada Didie dan keluarga, semoga kehadiran ahli baru dapat menambahkan lagi keceriaan dan kebahagiaan.





Pelakon kontroversi, Hanez Suraya, dan kekasihnya Romie Razin Aidilha Abd Jais memfailkan saman terhadap syarikat Malaysia Airlines (MAS) atas dakwaan menyebarkan tiket penerbangan mereka ke Thailand, di laman sosial bulan lalu. 

Hanez memfailkan tuntutan saman itu melalui peguamnya Harjit Sandhu menuntu ganti rugi tauladan daripada MAS.



Menurut Hanez, tindakan pihak MAS menyebarkan butiran penerbangannya bersama kekasih ke laman sosial mengganggu kehidupan peribadi dan keselamatannya.


Entry sebelum ini: Mesej Lucah dalam Oh My English, Astro Mohon Maaf

Stesen Tv Berbayar, Astro, memohon maaf di atas kecuaian pihaknya berikutan paparan mesej Twitter berbaur lucah terlepas dalam program Oh My English (OME) musim ketiga Ahad lalu.

Menurut jurucakap Astro, sebuah akaun Twitter milik penonton OME telah digodam dengan niat untuk mencemarkan reputasi rancangan berbentuk pendidikan di saluran 610 itu.

Ketika rancangan itu disiarkan, seorang pemilik akaun Twitter telah menghantar Tweet lucah dan ditujukan kepada Jibam, salah satu watak yang dimainkan oleh Akhmal Rizal. 

Selain itu, pihak Astro berkata, pihaknya akan mengawal penyiaran mesej Twiiter dengan lebih ketat lagi pada masa akan datang.

"Kami akan mengawal dengan lebih ketat lagi setiap mesej yang akan dipaparkan kepada umum dan meminta penonton supaya menjaga akaun Twitter masing-masing dengan selamat", katanya. 




Menerusi Slot Azalea, saksikan sebuah drama bersiri terbaharu FAJAR AIMAN, yang bakal menemui penonton Tv3 mulai 5 Mei 2014. Drama terbitan Suhan Movies ini menampilkan Syarul Ridzwan sebagai teraju utama.

Sinopsis Drama Fajar Aiman 

Mengisahkan Erma yang bercinta dengan Suffian pada 20 tahun yang lalu. Namun, hubungan cinta mereka tercemar apabila Suffian gagal mengawal nafsu dan mereka berdua terlanjur. Erma telah hilang kepercayaan terhadap Suffian. Atas dasar cinta, Suffian mengaku kesilapannya dan berjanji akan mengahwini Erma. Akan tetapi, kakak Suffian, Mariah telah membantah dan mengaturkan perkahwinan Suffian dengan Najwa. Mariah enggan menerima Erma sebagai isteri Suffian malah menuduhnya bukan gadis baik-baik kerana sanggup menggadaikan maruahnya.
Sebenarnya, Najwa juga menyimpan sebuah rahsia hitam. Najwa menjalani kehidupan bebas yang amat bertentangan dengan cara kehidupan ibu bapanya yang mengamalkan cara hidup Islam sepenuhnya. Akhirnya, Najwa telah melahirkan seorang anak luar nikah, Aiman yang ditinggalkan di bawah jagaan bekas orang gaji keluarganya, Mak Som. Najwa tidak pernah mengambil tahu tentang Aiman selepas itu.
Selepas sebulan, Erma mendapati dirinya telah mengandung. Malangnya, Suffian enggan bertanggungjawab. Erma telah bersembunyi di rumah kawan baiknya, Mazni sehingga melahirkan seorang bayi perempuan yang diberikan nama Nur Fajar. Namun, Erma tidak sanggup menjaga Nur Fajar bersendirian dan mahu meninggalkan anaknya di hadapan surau dengan harapan anaknya diambil oleh orang-orang yang alim.
Bagaimanapun, perbuatannya dilihat oleh Shafie, anak saudara kepada Mak Som. Shafie telah membawa Erma ke rumah Mak Som dan menawarkan perlindungan kepada Erma dan Nur Fajar. Selepas 5 tahun, Shafie melamar Erma. Mereka telah berkahwin dan sama-sama membesarkan Aiman dan Fajar.
Aiman dan Fajar yang sudah menginjak dewasa saling menyayangi. Perasaan cinta mereka semakin kuat apabila mereka tahu bahawa mereka berdua bukanlah adik beradik kandung. Namun disebabkan status anak luar nikah, Aiman tidak berani meluahkan perasaannya malah sengaja menjauhkan diri daripada Fajar. Begitu juga dengan Fajar yang khuatir dirinya akan dipandang rendah oleh Aiman.
Setelah sekian lama, Suffian dan Najwa hidup dalam sesalan. Akibat kesilapan lampau mereka, mereka kini tinggal berdua tanpa anak di sisi. Suffian mengenangkan anak Erma manakala Najwa mengenangkan Aiman. Apakah takdir bakal menemukan mereka kembali? Masih sempatkah Suffian dan Najwa membuat pembetulan dan menebus dosa mereka?
 
Entry sebelum ini: Misha Omar Sah Bergelar Isteri Kepada Firos Ezzwan Rossly

Penyanyi terkenal, Misha Omar atau nama sebenarnya Samihah@Aisah Omar selamat bergelar isteri kepada juruterbang Malaysia Airlines (MAS) dengan sekali lafaz di Hotel Renaissance, Kota Bharu.

Misha menerima mas kahwin berupa seutas gelang tangan emas termasuk enam dulang hantaran dari pihak pengantin lelaki dan berbalas lima dulang dari pihak perempuan.

Kedua-dua pengantin bakal diraikan dalam sebuah majlis resepsi pada hari dan hotel yang sama. 

Terdahulu, Misha menangguhkan tarikh perkahwinannya sebanyak dua kali kerana pemergian bapanya dan berikutan sibuk dengan jadual kerja yang padat. 

Gambar majlis akad nikah Misha Omar













Bagi calon yang telah menduduki ujian Malaysia English University Test (MUET) pada Mac lalu, anda boleh mula semak keputusan mulai 5 Mei 2014 secara online ataupun melalui SMS.

Semak keputuan MUET Mac 2014 secara online

Semakan secara online boleh dibuat mulai jam 9 pagi melalui portal rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) di laman sesawang http://www.mpm.edu.my/ 


Semak keputuan MUET Mac 2014 melalui SMS

MUET<jarak>RESULT<jarak>[nombor kad pengenalan]

Hantarkan ke 15888 
*Setiap penghantaran SMS akan dicaj RM0.15, dan RM0.20 bagi setiap penerimaan SMS. 

Semoga berjaya diucapkan buat semua calon! 


Pelakon popular, Fizz Fairuz atau nama sebenar Mohd Fairus Zainal Abidin, 34, sah bergelar suami kepada Almy Nadia Aminuddin Shah, 27, dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Daerah Barat Daya, Balik Pulau, Pulau Pinang. 

Almy Nadia menerima mas kahwin berjumlah RM1,001 dan hantaran bernilai RM20,000, berserta rantai mutiara Raflesia dari pihak lelaki. Selain itu, kek berbentuk watak superhero Iron Man turut menjadi perhatian pada majlis yang berlangsung jam 5.40 petang. 

Antara gambar perkahwinan Fiz Fairus dan Almy Nadia:









Previous entry: Gambar Ketibaan Presiden Barrack Obama di Malaysia