Wak Doyok Tidak Adil Pada Firman AF?


Jika anda menonton konsert Akademi Fantasia malam tadi, anda pasti perasan ketika Wak Doyok membuat penampilan khas dengan memberikan hadiah sumbangan The Garment Movement kepada Ewal, Zarif, dan Azwan.


Namun, hadiah itu hanya diberikan kepada semua pelajar lelaki kecuali Firman. Ini menimbulkan kemarahan peminat tegar Firman dan menganggap Wak Doyok tidak berlaku adil kepada Firman.

Rata-rata penonton konsert semalam meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Wak Doyok di laman sosial. 

Walaubagaimanapun, menurut Wak Doyok ini hanyalah gimik semata-mata kerana sewaktu beliau menerjah asrama pelajar lelaki, terdapat sesuatu tentang Firman yang menyentuh hatinya.

"Kita sebenarnya nak buat gimik. Saya ada membuat pemeriksaan di asrama mereka dan Firman telah menyentuh hati saya," katanya. 

Menurut Wak Doyok, dia dan pihak Astro akan membuat kejutan istimewa untuk Firman di dalam akademi nanti.

Kita buat special untuk Firman, bukan di sini, tapi dalam akademi nanti. Beliau turut meminta peminat tidak mengambil hati dengan tindakannya kerana dia telah menyediakan sesuatu yang istimewa buat Firman.

1 comment: