Bagi calon yang telah menduduki ujian Malaysia English University Test (MUET) pada Mac lalu, anda boleh mula semak keputusan mulai 5 Mei 2014 secara online ataupun melalui SMS.

Semak keputuan MUET Mac 2014 secara online

Semakan secara online boleh dibuat mulai jam 9 pagi melalui portal rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) di laman sesawang http://www.mpm.edu.my/ 


Semak keputuan MUET Mac 2014 melalui SMS

MUET<jarak>RESULT<jarak>[nombor kad pengenalan]

Hantarkan ke 15888 
*Setiap penghantaran SMS akan dicaj RM0.15, dan RM0.20 bagi setiap penerimaan SMS. 

Semoga berjaya diucapkan buat semua calon! 


Pelakon popular, Fizz Fairuz atau nama sebenar Mohd Fairus Zainal Abidin, 34, sah bergelar suami kepada Almy Nadia Aminuddin Shah, 27, dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Daerah Barat Daya, Balik Pulau, Pulau Pinang. 

Almy Nadia menerima mas kahwin berjumlah RM1,001 dan hantaran bernilai RM20,000, berserta rantai mutiara Raflesia dari pihak lelaki. Selain itu, kek berbentuk watak superhero Iron Man turut menjadi perhatian pada majlis yang berlangsung jam 5.40 petang. 

Antara gambar perkahwinan Fiz Fairus dan Almy Nadia:









Previous entry: Gambar Ketibaan Presiden Barrack Obama di Malaysia
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama tiba di Malaysia dalam rangka lawatan tiga hari di negara ini. Obama yang tiba bersama pesawat rasmi Air Force One mendarat di pangkalan Tentenra Udara Diraja Malaysia (TUDM), subang kira-kira jam 4.50 petang.