Sinopsis Chef Ramadan di Tv3


Sinopsis Chef Ramadan di Tv3. Sempena bulan Ramadan ang bakal menjelang, Tv3 bakal menghidangkan penonton setianya dengan pelbagai drama menarik dan salah satunya adalah drama CHEF RAMADAN. 

Diterbitkan oleh Primeworks Studio, Chef Ramadan diarahkan oleh pengarah berbakat, Along Kamaluddin. Menariknya tentang drama ini, ia menggabungkan komedi dan juga program masakan. Ini dapat membantu penonton dalam mencari resepi untuk dijadikan juadah berbuka.

Chef Ramadan dibintangi pelakon berbakat seperti, Talha Harith, Risteena, Wan Sharmila, Firdaus Gufran, Muntazar Gufran, Fikry, Shamsul Ghau Ghau, Emma Akma, Kuna, Hilal Azman, Zizan Nin, dan Razak Ahmad.


Dramabersiri 24 episod ini bersiaran mulai 8 Jun, setiap Isnin hingga Khamis, jam 12.30pm di Tv3.


Sinopsis drama Chef Ramadan

Mengisahkan Azrin yang nekad untuk belajar mengaji Al-Quran tetapi malu kerana usianya sudah 33 tahun.

Chef Azrin bekerja di sebuah hotel. Dia baru pindah di kawasan perumahan. Di kawasan perumahan itu terdapat tiga sahabat baik yang nakal tapi baik hati iaitu Amin, Han dan Izy.
Menjelang waktu petang, mereka akan belajar mengaji di rumah Ustazah Murni yang cantik. Chef Azrin sebenarnya mahu belajar mengaji tetapi segan kerana usianya sudah lewat. Jadi, Chef Azrin meminta tolong Amin, Han dan Izy mengajarnya. Sebagai balasan, Chef Azrin akan memasak untuk mereka. Selain berhibur dengan gelagat Chef Azrin dan 3 budak cilik, dapatkan juga menu masakan menarik untuk penyediaan juadah berbuka puasa.

Chef Azrin berkawan dengan seorang gadis bernama Munirah. Setiap kawan lelaki Munirah harus diketahui oleh ayahnya. Chef Azrin ke rumah Munirah untuk berbuka bersama keluarga Munirah.

Chef Azrin sebenarnya teringin untuk belajar bersama Ustazah Munirah tetapi ditolak kerana dia hanya mengajar budak-budak sahaja. Jika Chef Azrin benar-benar ingin belajar mengaji, ayah Munirah akan mengajarnya. Akan tetapi, Chef Azrin malu kerana dia tidak tahu tentang asas mengaji.

Keadaan menjadi semakin kelam kabut buat Chef Azrin apabila ayah Munirah mengajaknya berbuka puasa bersama. Sebelum berbuka puasa, ayah Munirah mengajarnya membaca Al-Quran. Tergagap-gagap dia membacanya. Di situlah baru Chef Azrin mengaku yang dia mahu belajar mengaji.

Terima kasih kerana membaca  Sinopsis Chef Ramadan di Tv3.

0 comments:

Post a Comment