Hikmah Disebalik Isu GST - Mawar Rashid


Hikmah Disebalik Isu GST - Mawar Rashid. Bekas peserta Dewi Remaja, Mawar Rashid menyifatkan isu GST yang dihadapinya baru-baru ini mempunyai hikmah tersendiri apabila menerima banyak tawaran berlakon selepas berakhirnya pertandingan itu.

Mawar atau nama sebenarnya, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 20, berkata dia tidak mahu memikirkan soal GST itu lagi, tetapi tidak menafikan ia banyak membantu menaikkan namanya.

"Saya tidak mahu bercakap soal itu lagi tetapi kontroversi yang melanda baru-baru ini telah memberi hikmah buat diri saya.

"Sejak perkara itu menjadi viral dan mendapat banyak respon dari pelbagai pihak,Alhamdulillah saya menerima banyak tawaran berlakon," katanya.

Gadis yang berasal dari Kelantan ini bersyukur walaupun menerima dugaan dicemuh warga netizen, Allah membuka pintu rezeki buatnya dengan menerima banyak tawaran berlakon.

- mStar

Artikel sebelum ini: Udang Tiruan Dalam Char Kuey Teow

0 comments:

Post a Comment