GAMBAR Bruce Jenner sebagai Caitlyn Jenner


GAMBAR Bruce Jenner sebagai Caitlyn Jenner. Bintang realiti TV dan bekas atlet Olimpik, Bruce Jenner yang telah menukar jantina kepada seorang wanita mendedahkan nama barunya sebagai Caitlyn Jenner. Caitlyn membuat penampilan pertamanya di muka depan majalah popular, Vanity Fair.

Tajuk utama majalah edisi Jun itu bertajuk "Call me Caitlyn' menunjukkan ia merupakan kehidupan baharu yang akan ditempuhi Caitlyn.

Melalui sebuah video di laman web majalah itu, bintang Keeping Up with The Kardashians ini berkata,

"Bruce sentiasa bercakap bohong, Caitlyn tidak mempunyai sebarang rahsia. Sebaik sahaja muka hadapa Vanity Fair diedarkan, saya bebas," katanya.


Dalam sesi temuramah muka depan majalah yang diadakan di Malibu, California, Caitlyn berkata dia akan menyesal seumur hidup jika tidak melakukan perkara ini.

"Jika menyembunyikan perkara ini hingga ke akhir hayat, saya akan menyesal seumur hidup," katanya.

Tidak bermula dengan 'K'

Caitly kemudian berseloroh kenapa namanya tidak bermula dengan huruf 'K' merujuk kepada huruf pertama anak-anak tirinya, Kim, Kourtney, dan Khloe, serta anak kandungnya Kendall dan Kylie. Dia menambah, "Caitlyn adalah Jenner, tanpa campuran Kardashian."

Keluarga Kardashian-Jenner
Selain itu, Caitlyn turut membuka sebuah akaun Twitter sebagai @Caitlyn_Jenner menyebut,

"Saya amat gembira selepas berjuang untuk kihidupan sebenar ini. Selamat datang ke dunia baharu."
Artikel sebelum ini: Video Nazmi Faiz Meludah Jadi Viral

0 comments:

Post a Comment