Sinopsis Cinta Karan di Tonton.my

Sinopsis Cinta Karan di Tonton.my. Bagi mereka yang masi tidak puas dengan gandingan mantap Zul Ariffin dan Ayda Jebat ada berita baik untuk anda. Pelakon popular ini sekali lagi di gandingkan bersama melalui drama CINTA KARAN yang bakal ditayangkan di portal Tonton.my bermula 25 Jun 2015.

Cinta Karan merupakan drama khas tajaan Seng Heng. Ramai yang menganggap drama ini bakal meletop walaupun sekarang ini mereka sedang hangat berlakon drama MAID yang disiaran di Astro Ria. Apatah lagi portal Tonton memang sentiasa memberikan drama yang terbaik dan berkualiti buat penonton setianya.


Drama ni bersiaran setiap Khamis bermula jam 11 pagi.

Sinopsis drama Cinta Karan

Mengisahkan kisah cinta yang sangat unik di antara Zul dengan Aida. Keunikan pasangan ini ialah, mereka saling mengusik di antara satu sama lain sejak dari awal perkenalan hinggalah mereka masing-masing berkahwin. Kemuncak kemarahan Aida ialah selepas Zul menumpahkan makanan di atas kepalanya lalu operasi membalas dendam bermula.

Ketika Zul ingin menyampaikan hasrat hatinya pada Aida, muncul seorang lelaki menjemput Aida dan ini membuatkan Zul kecewa kerana menyangka lelaki itu teman istimewa Aida. Hasrat Zul tercapai juga apabila berjaya menyampaikan yang dia sukakan Aida semasa bekerja sementara di Kedai Seng Heng. Aida datang ke kedai Senheng bersama lelaki tersebut untuk membeli barangan untuk persediaan perkahwinan.
Semasa ditegur lelaki tersebut, barulah Zul tahu yang mereka berdua adalah abang dan adik. Zul cuba mencari Aida untuk meluahkan isi hatinya.

Selamat menonton!

Terima kasih kerana membaca  Sinopsis Cinta Karan di Tonton.my

1 comment: