Sinopsis Eksperimen Cinta di Tv3


Sinopsis Eksperimen Cinta di Tv3. Stesen nombor satu negara sekali lagi membawakan sebuah drama bersiri menarik bertajuk EKSPERIMEN CINTA buat tontonan anda sekeluarga. Drama yang bakal menghiasi Slot Dahlia ini menggandingkan Fahri Ahmad dan Izreen Azminda sebagai pelakon utama.

Eksperimen cinta merupakan sebuah lagi drama bersiri yang diadaptas dari novel popular dari tajuk yang sama karya Anjell. Drama terbitan Zeel Production yang diarahkan oleh Emi Suffian Sabhe ini turut dibintangi Sherry Ibrahim, Ammar Alfian Aziz, Mira Filzah, Faye Kusairi, Mimi Lana, dan ramai lagi.



Drama 17 episod ini bakal bersiaran mulai 13 Jun 2015 setiap Sabtu dan Ahad, jam 7pm di Tv3.

Sinopsis Drama Eksperimen Cinta

Tengku Aaron Shah sudah mula tertarik dengan Damia Farisha ketika mula-mula melihat wanita itu. Tanpa diduga, dia mengugut Damia supaya menerima lamarannya. Hakikatnya perkahwinannya itu haya untuk mengaburi mata keluarga terutama kembarnya, Tengku Andrean yang dianggap telah merampas kekasihnya, Seri.

Aaron ingin membuktikan yang dia juga boleh hidup bahagia. Kehidupan Aaron dan Damia berubah setelah berkahwin. Rasa cemburu menguasi diri. Kehadiran Salmu yang menuduh Tengku Aaron menghamilkannya mengganggu kebahagiaan pasangan ini. Namun bagi Damia, selagi Lafaz talak tidak terucap, selagi itu dia akan menjaga maruah suaminya.
Terima kasih kerana membaca Sinopsis Eksperimen Cinta di Tv3

0 comments:

Post a Comment