Lagu Datuk AC Mizal Digam Stesen Radio


Gara-gara memiliki stesen radio sendiri iaitu Peace Yall FM, lagu nyanyian Datuk AC Mizal dan artis Indonesia, Luna Maya yang berjudul Paranoid digam stesen radio popular negara. Lagu tersebut tidak lagi dimainkan selepas Peace Yall FM dilancarkan awal Mei lalu.

Menurut AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 43, stesen radio Era dan Hot FM tidak memainkan lagunya kerana beliau telah menubuhkan radio sendiri dan merupakan pesaing kepada radio lain. Lagu Paranoid ada dimainkan beberapa kali manakala lagu baru bertajuk Peace Yall langsung tidak dimainkan kerana ia boleh memberikan promosi kepada stesen radio miliknya.

"Saya terkilan kerana radio tempatan tidak memberikan sokongan terhadap kerjayanya. Malah perkara ini bukan berlaku kepada dirinya sahaja tapi terhadap penyanyi lain," katanya.

Katanya, perkara sebeginilah yang membuatkan industri musik negara tidak berkembang. Radio tempatan sendiri sering memilih artis dan lagu kegemaran mereka untuk diputarkan di radio mereka.

"Oleh itu Peace Yall FM akan memberi peluang sama rata buat semua artis tempatan dengan memutarkan lagu lagu mereka." ujar AC lagi.

sumber: mStar

Artikel sebelum ini: Ku Tak Pernah - Lagu Tema Dia Isteri Luar Biasa

Terima kasih kerana membaca Lagu Datuk AC Mizal Digam Stesen Radio


0 comments:

Post a Comment