GAMBAR: Keris Dijumpai Di Wales. Sebilah keris yang mempunyai nilai sejarah tersangkut pada pukat tukang perahu kuno dari Wales.

Pada awalnya, tukang perahu tersebut, Andrew Davies, menyangka besi buruk tersangkut pada pukatnya. Namun setelah diteliti ia merupakan senjata lama.

“Pada suatu malam saya bekerja dengan perahu coracle saya, jaring saya seolah-olah tersangkut sesuatu, ketika menariknya, saya dapati terdapat sebatang besi tersangkut kepadanya.”

Menyedari senjata itu tidak menyerupai senjata kuno Eropah, Davies membawa keris itu kepada pihak muzium untuk mengetahui bagaimana ia boleh berada di Sungai Towy.

GAMBAR: Keris Dijumpai Di Wales

Kurator Carmarthenshire Museum, Gavin Evans berkata, dia telah menghantar beberapa keping gambar keris berkarat itu ke sebuah muzium di London untuk dikaji, namun sehingga kini belum ada sebarang penjelasan terperinci mengenainya.





" Saya belum menerima sebarang penjelasan daripada pihak muzium, tetapi saya pecaya senjata ini berasal daripada Asia Tenggara atau pun Malaysia."

"Pada awalnya, saya ingat keris ini berasal daripada Romawi, namun setelah menelitinya lebih terperinci dengan bentuk eksotisnya yang mebuatkan saya percaya ianya berasal dari Asia Tenggara."

"Ini adalah keris kerana hiasan ornamen di bahagian atasnya. Gagang kayunya mempunyai hiasan berbentuk burung dengan tambahan tulang dan tembaga," kata Gavin Evans


Pelumba Norizman Ismail Meninggal Dunia. Pelumba CP150 Norizman Ismail disahkan meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan ketika pertama pada sesi ujian masa pusingan ketiga Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Kemaman, Terengganu. 
 
Norizman dibawa menaiki ambulan ke unit trauma untuk menerima rawatan segera sebelumpihak hospital mengesahkan beliau menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.50 petang. 

Cub Prix memutuskan untuk membatalkan perlumbaan sebagai tanda hormat kepada Norizman

Norizman memulakan karier di Cub Prix pada tahun 2004 dan bergelar juara kelas perdana sebanyak dua kali pada tahun 2005 dan 2011.

Terima kasih kerana membaca Norizman Ismail Meninggal Dunia