Pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang mencetuskan kontroversi beberapa bulan lalu kini sedang bercuti bersama anak mereka di Kota London.

Aeril dan Wawa dikhabarkan ke negara Eropah itu untuk berbulan madu buat kali pertama sejak diijab kabulkan. Aeril turut berkongsi foto Wawa bersama anak mereka di London buat tatapan peminat menerusi laman Instagram miliknya.





Entry sebelum ini: Gambar Jersi JDT 2014

Pasukan Johor Darul Takzim FC (JDT) menjadi pasukan pertama di Malaysia yang menerima tajaan dari jenama pakaian sukan terkemuka, Nike, untuk bertanding dalam Liga-M musim hadapan.
Majlis pelancaran jersi itu berlangsung di Stadium Tan Sri Datuk Haji Hassan Yunos dan disempurnakan oleh Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim.
Turut berlangsung pada majlis berkenaan adalah pengenalan 33 pemain JDT pada musim 2014.
Berikut merupakan gambar jersi JDT pada musim 2014. Pemain memakai jersi merah biru dalam perlawanan di Johor, dan biru putih di gelanggang lawan.



Nampak gayanya pasukan Johor Darul Takzim FC (JDT) sekali lagi berbelanja besar untuk mengarungi liga musim 2014 . Pihak Persatuan Bola Sepak Negeri Johor bukan sahaja mengeluarkan dana untuk membeli pemain, malah turut menyediakan bas rasmi JDT bertaraf antarabangsa untuk kegunaan pemain.


 

 Entry sebelum ini:  (GAMBAR) Aril AF Bergelar Suami Puteri Erma Adlinda

Penyanyi dan penyampai radio Era Fm,  Khairil Azam Pilus atau lebih dikenali sebagai Aril telah selamat diijab kabulkan dengan gadis pilihan hatinya, Puteri Erma Adlinda iaitu pramugari Saudi Arabian Airlines di rumah pengantin perempuan, di Wakaf Che Yeh pada jam 3 petang.

Bintang Akademi Fantasia itu memberi mas kahwin sebanyak RM15,000 berserta sembilan dulang hantaran, turut dibalas sembilan dulang daripada pihak perempuan.

Antara gambar ketika majlis akad nikah Aril dan Puteri Erma:





Tahniah diucapkan kepada Aril dan Erma, semoga jodoh kekal hingga ke akhir hayat.

Entry sebelum ini: Gambar Bulan Madu Rozita Che Wan dan Zain di Italy 

Pasangan popular Rozita Che Wan dan Zain Saidi yang baru sahaja diijab kabul baru-baru kini sedang berbulan madu di Rome, Italy.

Keceriaan jelas terpancar di wajah kedua pasangan ini apatah lagi berada negara yang bercuaca sejuk.

Apa-apa pun layan lah gambar honeymoon Che Ta dan Zain ni. :D





Selepas kematian pelakon Paul Walker pada November lalu, watak yang dipegang mendiang dalam filem Fast & Furious mungkin bakal diambil alih oleh adiknya, Cody Walker dalam siri ketujuh filem berkenaan.

Cody dikatakan merupakan pilihan yang tepat untuk menggantikan watak Brian O'Connor memandangkan filem aksi itu masih lagi dalam penggambaran. Pemilihan Cody untuk menggantikan tempat abangnya berdasarkan beliau merupakan seorang pelakon lagak ngeri serta wajahnya yang seiras dengan Paul.


Media antarabangsa melaporkan pihak produksi filem berkenaan akan mengambil rakaman Cody dari belakang dan pada jarak jauh. Sekiranya memerlukan jarak dekat, berkemungkinan mereka akan menggunakan teknik CGI. Namun, perkara itu masih belum diputuskan lagi samada untuk meneruskan penggambaran atau memulakan semula dengan menukar jalan cerita.