Cody Walker Ganti Tempat Abangnya dalam Fast & Furious 7


Selepas kematian pelakon Paul Walker pada November lalu, watak yang dipegang mendiang dalam filem Fast & Furious mungkin bakal diambil alih oleh adiknya, Cody Walker dalam siri ketujuh filem berkenaan.

Cody dikatakan merupakan pilihan yang tepat untuk menggantikan watak Brian O'Connor memandangkan filem aksi itu masih lagi dalam penggambaran. Pemilihan Cody untuk menggantikan tempat abangnya berdasarkan beliau merupakan seorang pelakon lagak ngeri serta wajahnya yang seiras dengan Paul.


Media antarabangsa melaporkan pihak produksi filem berkenaan akan mengambil rakaman Cody dari belakang dan pada jarak jauh. Sekiranya memerlukan jarak dekat, berkemungkinan mereka akan menggunakan teknik CGI. Namun, perkara itu masih belum diputuskan lagi samada untuk meneruskan penggambaran atau memulakan semula dengan menukar jalan cerita.

0 comments:

Post a Comment