Cinta Karan merupakan drama khas tajaan Seng Heng. Ramai yang menganggap drama ini bakal meletop walaupun sekarang ini mereka sedang hangat berlakon drama MAID yang disiaran di Astro Ria. Apatah lagi portal Tonton memang sentiasa memberikan drama yang terbaik dan berkualiti buat penonton setianya.
Drama ni bersiaran setiap Khamis bermula jam 11 pagi.
Sinopsis drama Cinta Karan
Mengisahkan kisah cinta yang sangat unik di antara Zul dengan Aida. Keunikan pasangan ini ialah, mereka saling mengusik di antara satu sama lain sejak dari awal perkenalan hinggalah mereka masing-masing berkahwin. Kemuncak kemarahan Aida ialah selepas Zul menumpahkan makanan di atas kepalanya lalu operasi membalas dendam bermula.
Ketika Zul ingin menyampaikan hasrat hatinya pada Aida, muncul seorang lelaki menjemput Aida dan ini membuatkan Zul kecewa kerana menyangka lelaki itu teman istimewa Aida. Hasrat Zul tercapai juga apabila berjaya menyampaikan yang dia sukakan Aida semasa bekerja sementara di Kedai Seng Heng. Aida datang ke kedai Senheng bersama lelaki tersebut untuk membeli barangan untuk persediaan perkahwinan.
Selamat menonton!
Terima kasih kerana membaca Sinopsis Cinta Karan di Tonton.my
comel la merekaaaaa
ReplyDelete