VIDEO Nazmi Faiz Meludah Jadi Viral

Video Nazmi Faiz meludah jadi viral. Tindakan pemain muda kebangsaan, Nazmi Faiz mansor meludah ke arah pemain Timor late pada aksi sulung skuad bawah 23 Sukan Asia kini menjadi viral. Lebih memburukkan lagi keadaan, dia dilayangkan kad merah di atas kelakuannya itu.

Insiden itu turut mendapat respo negatif di media sosial. Kebanyakkan penyokong Malaysia mengutuk tindakan Nazmi Faiz dan bersetuju dengan keputusan pengadil memberikan kad merah kepadanya. Ramai yang menasihatkan Nazmi supaya mengawal panas barannya ketika di dalam padang. Hal ini kerana sebelum ini dia pernah di arahkan keluar pada kerana mengasari pemain lawan.


Tindakan Nazmi Faiz juga turut mencemari perlawanan pertama yang berlangsung di Stadium Bishan semalam. Pasukan kendalian Ong Kim Swee ini sekadar menang tipis 1-0 hasil jaringan D. Saarvindran. 

Video Nazmi Faiz ludah pemain Timor Laste


Artikel sebelum ini: Mangga Cinta di Jambatan Paris Ditanggalkan

0 comments:

Post a Comment