Johan Tolak Tawaran Stesen Radio Terkenal


Johan Tolak Tawaran Stesen Radio Terkenal. Pelawak, penyampai radio, dan pelakon, Johan (Raja Lawak) terpaksa menolak beberapa tawaran menjadi penyampai radio termasuk dari sebuah stesen radio terkenal.

Johan berkata, dia terpaksa melupakan hasrat itu kerana beliau masih terikat dengan Era FM yang akan berakhir pada tahun hadapan.

"Ya, saya ada menolak tawaran dari beberapa buah stesen radio kerana masih berbaki kontrak dengan Era FM.

Tawaran itu boleh dikatan dari semua stesen radio, tapi saya telah menolak dengan baik," katanya.

Johan atau nama sebenarnya, Muhammad Yazid Lim31, mengakui beliau mungkin akan berkhidmat dengan stesen radio lain sekiranya sesuai dengan bayaran dan kemudahan yang disediakan.

"Mungkin saya akan pertimbangkan untuk berkhidmat di stesen radio lain, tapi biarlah ia boleh membawa kerjaya saya ke peringkat yang lebih tinggi," kata pemenang Penyampai Radio Paling Popular 2014 ini.

Artikel sebelum ini: Hanez Suraya Kini Hamil

0 comments:

Post a Comment