Gambar Saat Suami Lana Nordin Peluk Islam


Gambar ketika suami Lana Nordin peluk Islam. Rasanya semua dah tahu yang pelakon kontroversi, Lana Nordin telah pun berkahwin dengan jejaka pilhannya, Daud McKienzie beberapa hari lalu. Suaminya berasal dari Amerika Syarikat dan merupakan seorang mualaf.

Artikel berkaitan: Gambar Perkahwinan Lana Nordin dan Daud McKeinzie

Daud telah memeluk Islam sebelum mereka berkahwin lagi. Hidaya Center Foundation telah berkongsi detik-detik bersejarah Daud ketika mengucap dua kalimah syahadah. Momen itu turut disaksikan Lana dan rakan rapatnya, yang juga merupakan pasangan popular iaitu, Fauzi Nawawi dan Lisdawati.


Menurut David, dia telah lama mendalami agama Islam iaitu sejak berada di Timur Tengah beberapa tahun lalu. Beliau akhirnya bersetuju untuk memeluk Islam selepas berkenalan dengan Lana.

Katanya, Lana telah membuka pintu hatinya untuk memeluk Islam. Difahamkan juga, Lana sebelum ini pernah membawa kenalannya dari Jepun untuk memeluk Islam.

0 comments:

Post a Comment