Suamiku Ustaz Galakkan Kawin Bawah Umur?



Suamiku Ustaz galakkan kawin bawah umur? Filem terbaharu arahan Ghaz Abu Bakar, Suamiku Ustaz mempunya unsur-unsur yang menggalakkan pedolifia atau berkahwin dengan kanak-kanak. Rata-rata penonton yang telah menyaksikan filem ini menyatakan perkara yang sama.
Perkara tersebut turut disuarakan oleh pemimpin Parti Keadilan Rakyat, Latheefa Koya yang juga merupakan aktivis peguam Lawyers For Liberty.


"Ombak Rindu halalkan rogol, sekarang Suamiku Ustaz halalkan kahwin bawah umur pula? Esok-esok Bapaku Suamiku halalkan sumbang mahram?"soal Latheefa.

Filem lakonan Adi Putra dan Nora Danish yang mula ditayangkan pada 14 Mei ini mengisahkan seorang pelajar sekolan (lakonan Nora Danish)yang dipaksa kahwin dengan seorang guru agama (Adi Putra)


.Penerbit: Watak akil baligh

Sementara itu The Malay Mail Online melaporkan produksi filem itu mempertahankan karya mereka.

Pengarah Urusan Karyaseni Sdn Bhd Datuk Wan Mohd Muzri Ramli berkata watak dalam Suami Aku Ustaz seorang remaja dan bukan kanak-kanak seperti didakwa.

Wan Mohd turut menegaskan bahawa watak remaja dalam filem itu sudah akil baligh.

"Bawah umur hanyalah definisi mengikut adat dan enakmen. Kami menerima (definisi) demi keharmonian, tetapi ia bukan satu lesen untuk menghalang perkahwinan pada usia yang muda.
"Masih ada ruang melalui proses mahkamah, di mana hakim akan memutuskan segala-galanya," Wan Mohd dilaporkan sebagai berkata.



Perkaran ini mendapat perhatian selepas pelajar Majlis Amanah Rakyat (MARA) Nur Fitri Azmeer Nordin dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh mahkamah London.


Pelajar itu didapati bersalah atas 13 kesalahn memiliki lebih 30,000 imej


Sebelum ini pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) Nur Fitri Azmeer Nordin mencetuskan kontroversi selepas dijatuhi penjara lima tahun oleh mahkamah di London.

Pelajar 22 tahun itu disabit bersalah atas 13 kesalahan memiliki lebih 30,000 imej dan video lucah kanak-kanak.


0 comments:

Post a Comment