Bayi Setahun Terlibat dengan IS

 
Bayi Setahun Terlibat dengan IS. Percaya atau tidak, bayi yang baru berusia setahun juka antara yang terlibat dengan kumpulan bersenjata negara Islam (IS). Pendedahan itu dibuat oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi dalam jawapan bertulis Parlimen kepada Datuk Ik,al Hiham Abdul Aziz. iaitu Ahli Parlimen Tanah Merah.

Menurut Zahid, mereka yang terlibat dengan IS terdiri dari pelbagai lapisan umur iaitu dari setahun hingga 60 tahun. Zahid yang enggan mengulas lanjut menzahirkan rasa kebimbangannya apabila ia turut melibatkan kanak-kanak.

"“Keadaan ini amat membimbangkan kerajaan apabila ia turut melibatkan kanak-kanak," katanya.

Tambah Zahid, sehingga 7 Mei, seramai 154 orang rakyat Malaysia dikenalpasti terlibat dengan IS dan kira-kira 91 sudah ditangkap.

Manakala 45 orang masih berada dalam kawasan konflik termasuk 11 yang telah terkorban. 

Risau juga bila kumpulan ini turut melibatkan kanak-kanak. Mereka yang masih belum matang telah diajar untuk memegang senjata dan percaya kepada keganasan. 

sumber: MK

Artikel sebelum ini: Gambar Suami Lana Nordin Peluk Islam


0 comments:

Post a Comment