Najib Ucap Tahniah kepada William dan Kate


Najib ucap tahniah kepada William dan Kate. Perdana Menteri Malaysia mengucapkan tahniah kepada pasangan Diraja Britain yang baru sahaja menyambut cahaya mata kedua mereka, semalam.

Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi laman Twitter miliknya berkata: 

"Tahniah buat Duke dan Duchess atas kelahiran anak perempuan mereka"
Isteri Putera William, Kate Middleton, selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.7 kilogram semalam pada jam 8.34 pagi waktu Britain.

William dan Kate tampil dikhalayak ramai bersama bayi kedua buat pertama kali dihadapan Hospital St Mary.

Bayi perempuan yang menjadi pewaris takhta Britain itu masih belum diberi nama.


Artikel sebelum ini:  Biodata Erwin Dawson

0 comments:

Post a Comment