Rozita Che Wan Terima Kontrak 1 Juta



Pelakon terkenal, Rozita Che Wan mengakui menerima tawaran kontrak bernilai 1 juta dari syarikat tekstil terkemuka untuk mempromosikan produk selama tiga bulan.

Beliau yang mesra dengan panggilan Che Ta menjelaskan, dirinya tidak menerima jumlah dalam bentuk wang tunai sepenuhnya.

" Memang betul, tetapi saya tidak terima jumlah berkenaan dalam bentuk wang tunai sepenuhnya, tetapi merangkumi produk dari syarikat mereka," katanya.

Kontrak yang ditandatangani Che Ta itu merangkumi tiga jenama di bawah pengurusan syarikat berkenaan sempena Aidilfitri nanti.


Dalam pada itu, Che Ta memohon agar media tidak memperbesarkan soal kontraknya.


Tahniah buat Che Ta. Nampaknya rezeki mereka sekeluarga semakin bertambah selepas Che Ta berhijab sepenuhnya.


sumber: rotikaya


Artikel terdahulu: Bekas Styrofoam Diharamkan di Dataran Merdeka


0 comments:

Post a Comment