Lana Nordin Kahwin 25 Mac Ini?


Pelakon jelita, Lana Nordin mengumumkan beliau bakal berkahwin pada 25 Mac ini. Berita ini disahkan sendiri oleh beliau dengan menghubungi Berita Harian untuk menjemput ke sidang media berhubung perkahwinannya itu.

Walaubagaimanapun, Lana enggan mengulas lanjut tentang majlis itu kerana mahu memberi kejutan pada tarikh berkenaan.

"Datang saja ke sidang media itu. Nanti saya akan jelakan segala-galanya," kata Lana.

Pelakon yang terkenal dengan drama Cinta Ibadah ini pernah dikaitkan dengan jejaka Inggeris, pelakon Johan As'ari, dan golongan VIP.


Artikel sebelum ini: Nazim Othman Selamat Jalani Pembedahan Otak

0 comments:

Post a Comment