Lawak Dayang Nurfaizah - Zizan Mohon Maaf


Pelawak, pelakon dan pengacara, Zizan Razak membuat permohonan maaf melalui akaun Instagram miliknya berhubung lawak 'hitam manis' terhadap Dayang Nurfaizah di pentas Maharaja Lawak Mega malam Jumaat lalu. 

" Saya hendak memohon maaf dengan seikhlas-ikhlasnya atas kata kata saya yang mungkin telah menyinggung perasaan sesiapa saja yang menyaksikan saya di pentas MLM minggu lepas"

“Saya hanya berniat bergurau dan tidak pernah berniat untuk mengguris hati sesiapa pun. Maafkan saya. Jujur dan ikhlas dari saya,” katanya melalui akaun Instagram.


Walaupun Zizan tidak menyebut permohonan maafnya ditujukan kepada siapa, tetapi peminat sudah dapat mengagak ahli kumpulan Virus itu meminta maaf terhadap Dayang Nurfaizah.

Namun, mungkin juga ia ditujukan buat juri MLM, Nur Fazura yang dikhabarkan kurang senang dengan sikap Zizan yang menjawab ketika juri sedang memberikan komen.

Tindakan Zizan seharusnya dicontohi oleh artis lain kerana cepat memohon maaf dan tidak memanjangkan isu.


Artikel sebelum ini: Lisa Surihani Enggan Ulas Isu Mengandung

0 comments:

Post a Comment