Lisa Surihani Sah Mengandung



Teka-teki dan khabar angin yang mengatakan Lisa Surihani berbadan dua terjawab apabila suaminya, Yusri Abdul Halim mengesahkan berita gembira itu.

Menurut Yusri mereka tidak mahu hebahkan berita itu kerana kandungan Lisa masih terlalu awal.

"Ya, Lisa sudah mengandung. Kami tidak mahu kecoh kerana kandungannya masih terlalu awal."

Yusri juga menolak dakwaan kononnya mereka terikat dengan kontrak stesen TV untuk mengumumkan berita kehamilan Lisa. 

Lisa yang berada disamping suaminya itu hanya tersenyum dan mengakui bukan niat beliau untuk merahsiakan berita gembira ini. 

Artikel berkaitan: Lisa Surihani Enggan Ulas Isu Mengandung

"Saya ikut padangan orang tua supaya tidak menghebohkan perkara ini kerana ia masih awal."

Pelakon utama filem Suami Encik Perfect 10 ini turut berterima kasih buat peminat yang sentiasa berdoa untuknya.  


sumber: BH

0 comments:

Post a Comment