Farah Quinn Tidak Faham Lawak MLM





Juri Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM) yang berasal dari Indonesia, Farah Quinn berterima kasih kepada tiga juri lain iaitu Datuk Jalaluddin Hassan, Fazura dan Taufik Batisah kerana sentiasa membantunya dalam memperkayakan Bahasa Melayu ketika memberikan komentar.

Kalau diperhatikan, setiap minggu Farah kelihatan seperti terpinga-pinga dan kurang faham dengan lawak peserta MLM. 

Farah berkata, "kebanyakkan persembahan mengenai filem atau perkara terkini di Malaysia dan agak sukar untuk saya faham kerana masa berada di negara ini agak singkat."

Juri Maharaja Lawak Mega 2014
"Kebanyakkan lawak membuatkan saya tertanya-tanya, namun saya bernasib baik kerana ada peserta melakukan sketsa yang mudah difahami", katanya.

Menurut Farah beliau berterima kasih kepada tiga lagi juri yang sentiasa membantunya dalam memahami sketsa peserta.

Selesa berbahasa Inggeris

Chef selebriti dari Indonesia ini turut mengakui lebih selesa memberikan komen dalam Bahasa Inggeris disebabkan kurang fasih berbahasa Melayu.

Namun, beliau tidak menyesal menerima tawaran menjadi juri MLM dan menganggap keputusan yang dibuat adalah tepat.



0 comments:

Post a Comment