Saturday, 31 December 2016

Video: Guna Ilmu Hitam Untuk Jaringkan Gol


Video: Guna Ilmu Hitam Untuk Jaringkan Gol. Perlawanan bola sepak di Rwanda mencetuskan kontroversi selepas salah seorang pemain dipercaya menggunakan bantuan ilmu hitam untuk menjaringkan gol. 

Dalam saingan Liga Perdana Rwanda yang menyaksikan perlawanan diantara Rayon Sports mendahului Mukura Victory dengan 1-0.

Ketika Rayon Sports ghairah melakukan serangan dan penjaga gol Mukura Victory leka diluar peta gol, salah seorang pemain Rayon Sports, Moussa Camara, meluru ke arah gol lalu menunduk dan sesuatu di tiang gol. Melihat tindakan Camara penjaga gol Mukura cuba menghalang namun gagal.


Camara kemudian hanya dilayangkan kad kuning oleh pengadil tapi tidak dapat dipastikan apa sebabnya. Kelakuan Camaro berjaya dirakam dan terbukti beliau cuba mengorek dan meletakkan sesuatu pada tiang gol. 

Video: Guna Ilmu Hitam Untuk Jaringkan Gol

Video insiden ini menjadi viral di laman sosial kerana Rayon Sports dipercayai menggunakan ilmu sihir untuk mendapatkan gol. Lebih mnguatkan lagi andaian ini, Rayon memperoleh satu lagi gol mudah tidak lama kemudian biarpun masa perlawanan cuma berbaki 4 minit. 

Akibat dari insiden berkenaa, Timbalan presiden Rwanda Football Federation (FERWAFA), Vedaste Kayiranga dalam satu kenyataan berkata:

"Memandangkan tiada kaedah saintifik untuk membuktikan penggunaan ilmu hitam, langkah ini akan mengambil kira laporan dari pegawai perlawanan dan apa-apa sahaja yang dilihat menyerupai amalan itu akan dilihat dan dipertimbangkan.

Memang agak pelik mengapa seorang pemain perlu meletakkan sesuatu pada tiang gol.
Terima kasih kerana membaca Video: Guna Ilmu Hitam Untuk Jaringkan Gol.

0 comments:

Post a Comment