Thursday, 25 August 2016

PKR Pecat Chegubard


PKR Pecat Chegubard. Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini 26/8/2016 telah memecat Chegubard atau nama sebenarnya, Badrul Hisham Shaharin, kerana melanggar disiplin parti.

Jawatankuasa Lembaga Disiplin PKR sebulat suara bersetuju untuk memecat beliau mengikut Fasal 41.7 Perlembagaan parti iaitu menjejaskan imej dan memecah belahkan parti serta ingkar dengan arahan parti.

Surat pemecatan Chegubard ditandatangani oleh Setiausaha Agung merangkap Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Berikutan pemecatan itu, Chegubard dilarang menjalankan apa-apa aktiviti di atas nama parti.

sumber: http://www.bharian.com.my/node/186860
  Terima kasih kerana membaca PKR Pecat Chegubard.

0 comments:

Post a Comment