Pelakon kontroversi, Hanez Suraya, dan kekasihnya Romie Razin Aidilha Abd Jais memfailkan saman terhadap syarikat Malaysia Airlines (MAS) atas dakwaan menyebarkan tiket penerbangan mereka ke Thailand, di laman sosial bulan lalu. 

Hanez memfailkan tuntutan saman itu melalui peguamnya Harjit Sandhu menuntu ganti rugi tauladan daripada MAS.



Menurut Hanez, tindakan pihak MAS menyebarkan butiran penerbangannya bersama kekasih ke laman sosial mengganggu kehidupan peribadi dan keselamatannya.


Entry sebelum ini: Mesej Lucah dalam Oh My English, Astro Mohon Maaf

Stesen Tv Berbayar, Astro, memohon maaf di atas kecuaian pihaknya berikutan paparan mesej Twitter berbaur lucah terlepas dalam program Oh My English (OME) musim ketiga Ahad lalu.

Menurut jurucakap Astro, sebuah akaun Twitter milik penonton OME telah digodam dengan niat untuk mencemarkan reputasi rancangan berbentuk pendidikan di saluran 610 itu.

Ketika rancangan itu disiarkan, seorang pemilik akaun Twitter telah menghantar Tweet lucah dan ditujukan kepada Jibam, salah satu watak yang dimainkan oleh Akhmal Rizal. 

Selain itu, pihak Astro berkata, pihaknya akan mengawal penyiaran mesej Twiiter dengan lebih ketat lagi pada masa akan datang.

"Kami akan mengawal dengan lebih ketat lagi setiap mesej yang akan dipaparkan kepada umum dan meminta penonton supaya menjaga akaun Twitter masing-masing dengan selamat", katanya. 




Menerusi Slot Azalea, saksikan sebuah drama bersiri terbaharu FAJAR AIMAN, yang bakal menemui penonton Tv3 mulai 5 Mei 2014. Drama terbitan Suhan Movies ini menampilkan Syarul Ridzwan sebagai teraju utama.

Sinopsis Drama Fajar Aiman 

Mengisahkan Erma yang bercinta dengan Suffian pada 20 tahun yang lalu. Namun, hubungan cinta mereka tercemar apabila Suffian gagal mengawal nafsu dan mereka berdua terlanjur. Erma telah hilang kepercayaan terhadap Suffian. Atas dasar cinta, Suffian mengaku kesilapannya dan berjanji akan mengahwini Erma. Akan tetapi, kakak Suffian, Mariah telah membantah dan mengaturkan perkahwinan Suffian dengan Najwa. Mariah enggan menerima Erma sebagai isteri Suffian malah menuduhnya bukan gadis baik-baik kerana sanggup menggadaikan maruahnya.
Sebenarnya, Najwa juga menyimpan sebuah rahsia hitam. Najwa menjalani kehidupan bebas yang amat bertentangan dengan cara kehidupan ibu bapanya yang mengamalkan cara hidup Islam sepenuhnya. Akhirnya, Najwa telah melahirkan seorang anak luar nikah, Aiman yang ditinggalkan di bawah jagaan bekas orang gaji keluarganya, Mak Som. Najwa tidak pernah mengambil tahu tentang Aiman selepas itu.
Selepas sebulan, Erma mendapati dirinya telah mengandung. Malangnya, Suffian enggan bertanggungjawab. Erma telah bersembunyi di rumah kawan baiknya, Mazni sehingga melahirkan seorang bayi perempuan yang diberikan nama Nur Fajar. Namun, Erma tidak sanggup menjaga Nur Fajar bersendirian dan mahu meninggalkan anaknya di hadapan surau dengan harapan anaknya diambil oleh orang-orang yang alim.
Bagaimanapun, perbuatannya dilihat oleh Shafie, anak saudara kepada Mak Som. Shafie telah membawa Erma ke rumah Mak Som dan menawarkan perlindungan kepada Erma dan Nur Fajar. Selepas 5 tahun, Shafie melamar Erma. Mereka telah berkahwin dan sama-sama membesarkan Aiman dan Fajar.
Aiman dan Fajar yang sudah menginjak dewasa saling menyayangi. Perasaan cinta mereka semakin kuat apabila mereka tahu bahawa mereka berdua bukanlah adik beradik kandung. Namun disebabkan status anak luar nikah, Aiman tidak berani meluahkan perasaannya malah sengaja menjauhkan diri daripada Fajar. Begitu juga dengan Fajar yang khuatir dirinya akan dipandang rendah oleh Aiman.
Setelah sekian lama, Suffian dan Najwa hidup dalam sesalan. Akibat kesilapan lampau mereka, mereka kini tinggal berdua tanpa anak di sisi. Suffian mengenangkan anak Erma manakala Najwa mengenangkan Aiman. Apakah takdir bakal menemukan mereka kembali? Masih sempatkah Suffian dan Najwa membuat pembetulan dan menebus dosa mereka?
 
Entry sebelum ini: Misha Omar Sah Bergelar Isteri Kepada Firos Ezzwan Rossly

Penyanyi terkenal, Misha Omar atau nama sebenarnya Samihah@Aisah Omar selamat bergelar isteri kepada juruterbang Malaysia Airlines (MAS) dengan sekali lafaz di Hotel Renaissance, Kota Bharu.

Misha menerima mas kahwin berupa seutas gelang tangan emas termasuk enam dulang hantaran dari pihak pengantin lelaki dan berbalas lima dulang dari pihak perempuan.

Kedua-dua pengantin bakal diraikan dalam sebuah majlis resepsi pada hari dan hotel yang sama. 

Terdahulu, Misha menangguhkan tarikh perkahwinannya sebanyak dua kali kerana pemergian bapanya dan berikutan sibuk dengan jadual kerja yang padat. 

Gambar majlis akad nikah Misha Omar