Aktor kacak, Zul Ariffn memberitahu kekasihnya, Gayatri Su-Lin Pillai sedia memeluk agama Islam sebelum mereka mendirikan rumahtangga.

Zul berkata, Gayatri meminta dia memaklumkan lebih awal tentang bila akan berkahwin supaya dia boleh membuat persiapan awal untuk memeluk agama Islam.

Pelakon yang berusia 28 tahun ini begitu teruja membincangkan soal kahwin, namun dia agak risau akan keadaan kewangannya.

"Saya sudah bersedia untuk bergelar suami dan membimbing Gayatri, tapi dalam masa yang sama saya agak risau akan kedudukan kewangan selepas berumah tangga"

"Walaubagaimanapun, saya beruntung kerana Gayatri faham akan situasi saya," katanya.

Zul bagaimanapun masih belum mempunyai tarikh yang sesuai untuk melangsungkan pernikahannya. 


Artikel sebelum ini: Kemenangan Saya Dibantu Kelab Peminat - Ayda Jebat

Pelakon baharu, Ayda Jebat berterima kasih kepada kelab peminatnya yang banyak mengundi sehingga beliau berjaya menggondol dua kategori dalam Anugerah Meletop Era 2015 (AME).

Menurut Ayda, kelab yang digelarkan AJsceamer mengadakan kempen tertentu bagi meraih undian orang ramai

"Kelab peminat saya banyak membantu dengan berkempen setiap hari supaya ramai yang mengundi saya," kata pelakon yang terkenal melalui drama Rindu Awak 200% ini.

Ayda berkata kelab peminatnya menghasilkan poster dan memuatnaik ke laman sosial supaya mengundinya.

Ayda, 23, mengulas demikian selepas didakwa mengundi diri sendiri sehingga memenangi dua anugerah di anugerah AME yang berlangsung minggu lalu.

Artikel berkaitan: Ayda Jebat Tak Undi Diri Sendiri


Pelakon baharu, Ayda Jebat menolak dakwaan yang mengatakan beliau membuat undian untuk diri sendiri untuk memenangi dua kategori dalam Anugerah Meletop Era baru baru ini.

Ayda atau nama sebenarnya Nur Shuhada Jebat turut menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang aplikasi dalam telefon pintarnya untuk mengundi diri sendiri.

"Saya tidak mempunyai sebarang aplikasi Anugerah Meletop ERa untuk undi siri sendiri dan tidak ada masa untuk berbuat demikian," katanya.

Sepekulasi ini timbul selepas terdapat sesetengah pihak tidak berpuas hati dengan kemenangan ini kerana dia masih baharu dalam industri seni.

Ayda memenangi dua anugerah utama iaitu Artis Top Top Meletop (Wanita) dan Artis Baharu Meletop pada Anugerah Meletop Era 2015.


Artikel sebelum ini: Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus Bulan Mac 2015

Bagi mereka yang ingin menghadiri kuliah agama yang disampaikan oleh pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus, anda boleh rujuk jadual di bawah.

Kuliah agama Ustaz Azhar Idrus mungkin dapan membantu juka anda mempunyai sebarang kemusykilan atau ingin mendengar soal jawab berhubung isu agama.

Jadual Ceramah Ustaz Azhar Idrus Mac 2015


Artikel sebelum ini:  (GAMBAR) Sekitar Majlis Pertunangan Hafiz Suib


Penyanyi terkenal, Hafiz Suib selamat mengikat tali pertunangan dengan pasangannya, Nureffy di negeri kelahirannya, Sarawak.

Difahamkan, hari pertunangannya berlangsung pada hari lahir Hafiz...

Untuk makluman, tunang Hafiz merupakan pelajar jurusan perakaunan di salah sebuah universiti di Australia. 

Hafiz sebelum ini dilaporkan mengalami kecederaan tulang belakang (slipped disc) dan perlu menjalani fisioterapi selama setahun.

Artikel berkaitan: Hafiz Suib Terpaksa Jalani Fisioterapi

Baguslah, lepas Hafiz tamat rawatan nanti tunangnya pula tamat belajar. Lepas tu kahwin terus. Hehe.. Tahniah diucapkan buat Hafiz dan Nureffy.

gambar: project2Pi

Gambar Hafiz Suib Bertunang











  Artikel terdahulu: Zizan Razak dan Emma Maembong Sah Putus Cinta

Sebelum ini banyak dakwaan tentang hubungan cinta antara Zizan Razak dan Emma Maembong. Kisah cinta mereka ibarat drama Slot Akasia yang banyak pasang surutnya.

Zizan sebelum ini mengesahkan dia dan Emma telah kembali bersama selepas putus cinta. Kini, Emma pula mengeluarkan kenyataan dengan mengesahkan mereka sudah lama putus dan tidak pernah kembali bersama seperti yang diberitahu umum. 

"Sebenarnya saya dan Zizan sudah lama putus dan kami tidak pernah sambung semula seperti yang dia hebahkan. Namun kami masih lagi berkawan dan sentiasa menyokong kerjaya masing-masing."

Menurut Emma, sebelum ini beliau tidak mahu memberikan komen tentang hubungan mereka kerana tidak ingin digelarkan sebagai budak-budak. 

Selain itu, Emma enggan mengulas lanjut ketika ditanya tentang hubungan Zizan dan orang kuat Astro.

Macam-macam pulak cerita mereka berdua ni. Bagus juga tindakan Emma berdiam diri dalam hal ni. Lebih bagus dari mencanang satu dunia tentang kisah cinta mereka.


Artikel terdahulu: Hafiz Perlu Jalani Fisioterapi


Hafiz Suib terpaksa menjalani rawatan fisioterapi selama setahun berikutan kecederaan tulang belakang (slipped) disc) bulan lalu.

Menuruft Hafiz, walaupun kecederaanya sudah pulih, namun dia perlu menjalani fisioterapi supaya kecederaannya tidak berulang.

"Kecederaan slipped disc memberi kesan terhadap saraf lain dan saya perlu menjalani rawatan berpanjangan supaya ia tidak berulang."

Bulan lalu Hafiz mengadu sakit pada bahagian belakang selepas bermain futsal. Doktor menasihatkan Hafiz supaya tidak melakukan kerja berat dan berdiri terlalu lama.

"Alhamdulillah saya semakin pulih dan kembali aktif dalam bidang nyanyian. Namun saya perlu lebih berhati-hati dalam pergerakkan," katanya. 


sumber: mstar

Artikel terdahulu: Cara Semak Keputusan SPM 2014

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan tarikh keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 adalah pada 3 Mac 2015. 

Keputusan SPM boleh didapati di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi. Selain itu calon-calon juga boleh semak keputusan SPM melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) dan TIADA perkhidmatan semakan melalui online.

Cara Semak Keputusan SMS Melalui SMS

1. Taip: 

SPM<jarak>[No.KP]<jarak>[angka giliran]

Contoh: SPM 960125145678 ABC123456

2. Hantarkan ke 15888

Anda akan dicaj 15 untuk setiap penghantaran dan 20 untuk setiap penerimaan.


My SMS akan mengaktifkan perkhidmatannya bermula 3 Mac, jam 10 pagi sehingga 9 Mac 2015 pada jam 11.59 malam. 

Calon yang mengambil peperiksaan SPM persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau menghubung JabatanPendidikan Negeri tempat anda mendaftar dahulu.

Semoga calon-calon mendapat keputusan yang cemerlang dan dapat meneruskan pelajaran ke IPTA/IPTS.


Artikel sebelum ini:  Tarif Elektrik Mac-Jun2015



Pihak Tenaga National Berhad (TNB) akan mengurangkan tarif elektrik mulai 1 Mac 2015. Pengurangan ini dijalankan selaras dengan penurunan harga bahan api bari-baru ini. 

Tarif Baru Elektrik Mac-Jun 2015

- Tarif di Semenanjung Malaysia turun sebanyak 2.25sen per kilowatt-jam (kWh)
-  Tarif di Sabah dan Labuan berkurang sebanyak 1.20sen per kilowatt-jam (kWh)

Tarikh baru ini sah sehingga 3- Jun 2015, kemudian pihak TNB akan menyemak semula kos bahan api dan kos penjanaan semasa.


Artikel sebelum ini: Rambut Rosmah Mansor Jadi Perhatian Dunia




Isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor mendapat perhatian dunia selepas dilaporkan berbelanja besar setiap kali mendandan rambut.

Agensi berita AFP sebelum ini melaporkan kos mendandan rambut Rosmah berjumlah RM1,200 sekali lagi disiarkan tabloid Britain, The Daily Mail, The Straits Times (Singapura) dan South China Morning (Hong Kong).

Media antarabangsa dan rakyat Malaysia sekali lagi mengkritik Wanita Pertama itu susulan kenyataannya pada Isnin.

Dalam majlis taklimat cukai barangan dan perkhidmatan kepada isteri-isteri menteri, Rosmah mengeluh terhadap caj perkhidmatan kini semakin mahal.

Beliau berkongsi pengalaman pernah dikenankan bayaran RM500 untuk membuat baju kurung dan RM1,200 untuk mendandan rambut. 

Ramai yang menyifatkan kenyataannya kali ini memakan dirinya sendiri kerana beliau sering menjadi sasaran kritikan kerana gemarkan kehidupan mewah. 

Sebelum ini Rosmah turut menjadi viral di laman sosial selepas The New York Times melaporkan tentang dokumen pembelian barang kemas bernilai jutaan dolar.


Artikel Terdahulu: Live Streaming JDT vs East Bengal Fc 24 Februari 2015

Wakil Malaysia, Johor Darul Takzim (JDT) bakal bertemu East Bengal FC dalam perlawanan AFC Cup pada 24 Februari 2015. Siaran langsung secara eksklusif turut disiarkan di Tv9 pada jam 8.45 malam.

Bagi penyokong yang tidak berkesempatan untuk menonton dikaca tv atau dari Stadium Larkin, anda boleh menyaksikan perlawanan ini secara live streaming.

Live streaming AFC Cup JDT vs East Bengal FC 24 Februari 2015

-    Link 1: http://tvon9ac10.blogspot.com/2013/06/tv9-live-streaming.html 


Artikel terdahulu: Rozita Che Wan Sudah Bertudung?  
 

Ketika majlis sabutan hari lahir suaminya, Zain Saidin, Rozita Che Wan tampil dengan imej bertudung. Penampilannya mengejutkan banyak pihak sama ada beliau sudah bertudung sepenuhnya.

Namun, kami rasa Rozita yang mesra dengan sapaan Che Ta ini hanya bertudung begi menghormati majlis kesyukuran dan bacaan Yasin pada majlis hari lahir Zain yang ke 31.

Peminat pasangan popular ini melahirka rasa keterujaan melalui laman sosial Instagram mereka dengan mendoakan agar Che Ta bertudung sepenuhnya.

Majlis kesyukuran turut dibuat sempena keberangkatan Che Ta dan Zain ke tanah suci Mekah untuk menunaikan umrah pada 25 Februari ini.

Di fahamkan, Che Ta membuat kejutan dengan menghadiahkan pakej umrah kepada Zain pada hari lahirnya.

Gambar Che Ta bertudung

 
Artikel sebelum ini: Jadual Peperiksaan MUET 2015

Jadual Peperiksaan MUET 2015. Majlis Peperiksaan Malaysia telah mengeluarkan jadual peperiksaan Malaysian University English Test MUET bagi sesi 2014. Seperti tahun tahun sebelum ini, peperiksaan MUET cuma diadakan tiga (3) kali setahun iaitu pada Mac, Julai, dan November.

Berikut adalah kelendar peperiksaan MUET 2015:


Diharap kalendar ini dapat membantu calon-calon untuk membuat persediaan dalam menghadapai peperiksaan MUET.

Artikel sebelum ini: Amir Raja Lawak Nikah 14 Mac
Pelakon dan pelawak, Amir Raja Lawak bakal bernikah dengan pilihan hatinya, Nur Intan Syafinaz pada 15 Mac ini di kediaman pihak perempuan Sungai Buloh. 

Amir berkata majlis pernikahannya akan diadakan secara sederhana dan dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat termasuk pihak media.

Menurut Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 27, persiapan perkahwinannnya hampir 70% siap dan hanya tinggal beberapa perkara sahaja termasuk dulang hantaran.

Majlis pernikahan bakal bermula pada 12 tengahari dan majlis resepsi bakal diadakan pada hari dan lokasi yang sama.  

Gambar bakal isteri Amir Raja Lawak


Artikel sebelum ini: Datuk Rosyam Nor Kemalangan


Pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor terlibat dalam kemalangan kira-kira jam 10malam berdekatan Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Kereta jenis Peugot miliknya terbabas lalu melanggar pembahagi jalan selepas hilang kawalan ketika hujan lebat.

Menurutnya, kereta yang dipantu rosak teruk dan beliau terselamat dari sebarang kecederaan.


Alhamdulillah tiada apa-apa yang serius berlaku, cuma kemalangan kecil sahaja. Kenderaan saya hilang kawalan disebabkan hujan lebat sebelum melanggar pembahagi jalan. Akibat hentaman kuat kereta tidak boleh bergerak kerana tayar pecah selain beberapa bahagian lain juga mengalami kerosakan.
Alhamdulillah tak ada apa apa yang serius berlaku. Diharap semua dapat memndu dengan cermat, lebih lebih lagi di musim perayaan ni.

- mstar

Setelah bertahun-tahun berkawan dan sering mengelak apabila diajukan soalan tentang hubungan mereka, Akim Ahmad akhirnya mengaku yang dia mencintai Stacy.

Rasanya semia dah tahu yang Akim memang rapat dengan Stacy dan pernah berduet bersama. Setiap kali wartawan bertanyakan apa status hubungan mereka, masing-masing hanya memberikan jawapan selamat iaitu, "kami hanya kawan".

Akhirnya Akim telah membuat pengakuan ketika ditemuramah di Radio Era.

"Sebenarnya saya dan Stacy amat rapat dan saya boleh katakan itu adalah perasaan cinta. Alhamdulillah Stacy juga mempunyai perasaan yang sama. Semoga hubungan kami direstui.

Pengakuan Akim ini akan menggembirakan hati peminat mereka yang sentiasa mahukan mereka disatukan. Teringat pulak bait bait lirik lagu Jason Mraz, Lucky. "Lucky I'm in love my best friend."


Artikel sebelum ini: Sinopsis Suami Sebelah Rumah di Tv3


Istimewa buat penonton Tv3, sebuah drama bersiri bertajuk Suami Sebelah Rumah bakal muncul Slot Dramady Februari ini. Drama terbitan JS Pictures Sdn Bhd ini diarahkan oleh pengarah berpengalaman, Jinggo.

Drama ini merupakan sebuah lagi karya yang diadaptasi dan novel cinta dari tajuk yang sama ditulis oleh Ana Sofia.


Suami Sebelah Rumah diterajui Izzue Islam dan Ayda Jebat sebagai teraju utama dan dibantu oleh Zulin Aziz, Sheery Alhadad, Hanna Aqella, Ben Amirr, dan ramai lagi.


Sinopsis Drama Suami Sebelah Rumah 

Mengisahkan Eryna mengahwini suaminya yang tinggal di sebelah rumah. Walaupun mempunyai ikatan sah, mereka tidak hidup serumah. Demi memiliki cinta Eryna, Amar rela menerima syarat Eryna. Namun segalanya tidak seperti yang dirancangkan, timbul persaingan sengit di rumah dan di tempat kerja apabila masing-masingnya ingin memiliki cinta Amar. Sedarkah mereka hati Amar telah dimiliki Eryna? Bagaimana reaksi Eryna apabila suaminya sendiri menjadi rebutan rakan-rakannya?

Segalanya bermula apabila Azlan yang sepatutnya menjadi suami Eryna, telah membatalkan majlis pernikahan mereka di saat akhir setlah egala persiapan telah dibuat. 

Amar nekad untuk mencuri hati Eryna sebelum Azlan kembali menagih kasih. Kerana itu, dia memilih untuk menjadi jiran sebelah rumah isterinya. Kononnya mudah untuk dia mengurat Eryna. Malangnya, bukan Eryna yang jatuh hati tetapi Anis, teman serumah isterinya itu.

Amar memang pandai menganbil hati. Sentiasa berusaha untuk memikatnya. Jadi, sebelum Amar disambar Anis yang dah terpikat sepenuhnya terhadap Amar, Eryna perlu buat keputusan. Kedatangan ibubapa masing-masing menimbulkan lagi huru-hara. Dalam kemelut, Azlan datang menganggu Eryna dan Amar hingga membuat onar menyatakan mereka melakukan maksiat. Begitu juga dengan kehadiran Doktor Wani di hospital yang tak jemu mencanang di hospital yang Doktor Amar tu dia yang punya.


Selamat menonton!



Pengulas sukan negara, Datuk Hasbullah Awang, 63, meninggal dunia hari ini Institut Jantung Negara akibat komplikasi jantung. Allahyarham bertugas sebagai pengulas sukan di syarikat penyiaran televisyen berbayar, Astro, menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di IJN sejak minggu lalu.

Allahyarham Datuk Hasbullah Awang merupakan pengulas sukan terbaik negara yang telah lama berkhidmat dalam bidang penyiaran. Intonasi suara Datuk Hasbullah Awang begitu unik dan tersendiri menjadikan penonton seronok mendengan ulasan beliau. 


Biografi Datuk Hasbullah Awang


Dilahirkan pada 9 September 1953 di Teluk Intan Perak, kerjaya Datuk Hasbullah Awang dalam bidang penyiaran bermula di Radio 1 RTM sebagai juruhebah radio.

Allahyarham mula dikenali pada tahun 1990 ketika bola sepak Malaysia memasuki era Semi-pro.

Apa yang mengagumkan tentang Hasbullah Awang, beliau melakukan 'research' terhadap setiap pemain bola sepak dan berkongsi dengan penonton ketika membuat ulasan. Dengan cara itu penonton dapat mengetahui latar belakang dan informasi pemain.

Allahyarham akan mengulas dengan dan intonasinya yang tersendiri menjadikan perlawanan bola sepak akan jadi lebih menarik.

Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham. Al-Fatihah.



Nur Fathia baru-baru ini mendedahkan hubungan cintanya dengan aktor Aiman Hakim sudah berakhir selepas dua tahun bersama.

Artikel berkaitan: Nur Fathia dan Aiman Hakim Putus Cinta

Namun ternyata mereka masih menyayangi antara satu sama lain dan Fathia sendiri mengaku mereka berdua telah kembali bersama.

"Bukan senang untuk saya lupakan Aiman begitu sahaja. Saya seorang yang sangat setia dan hubungan kami bukan main-main. 

Fathia enggan komen lanjut mengenai punca perpisahan mereka dan menganggap ia cuma salah faham kecil.



Selepas Nabil mengumumkan persaraanya dari Maharaja Lawak Mega (MLM), kini giliran Sepahtu pula ingin bersara dari menyertai pertandingan lawak itu.

Artikel berkaitan: Maharaja Lawak Mega Terakhir Buat Nabil

Sepahtu yang dianggotai Shuib dan Jep mengambil keputusan untuk tidak lagi menyertai MLM kerana ingin memberi peluang kepada bakat baru

"Kami ingin memberi peluang kepada yang lain. Kami telah menyertainya sejak edisi pertama, dan mengambil keputusan untuk tidak menyertainya lagi,"

Apa yan pasti peminat Sepahtu bakal merindui gelagat mereka berdua di pentas MLM. Sepahtu merupakan antara kumpulan yang paling konsisten setiap minggu. Selamat maju jaya diucapkan buat Jep dan Shuib.

 

Pelakon dari Singapura yang sedang menempa nama memuat naik sekeping gambar isterinya, Mel, yang telah berhijab.

Isteri Hisyam mengesahkan yang dirinya telah bertudung sepenuhnya semalam.

"Memang benar yang saya telah berhijab sepenuhny. Saya mula memakai tudung semalam ketika bertolak ke Singapura."

Mel memberitahu dia memulakan persapan untuk berhjab sejak Disember lalu dengan membeli tudung dan pakaian yang menutup aurat.

Mel turut bersyukur yang niatnya di permudahkan Allah. Menurutnya, Hisyam sangat gembira dengan dengan perubahan dan imej terbarunya.

Berita ini turut mendapat sokongan peminat Hisyam dengan menucapkan tahniah di laman sosial miliknya.

 

Setelah hampir tiga tahun mendirikan rumah tangga bersama Yusri Abd Halim, berita kehamilan Lisa Surihan benar-benar menggembirakan peminat dan rakan artis.

Artikel berkaitan: Lisa Surihani Sah Mengandung

Apa yang lebih menggembirakan adalah apabila sekeping gambar yang menampakkan baby bump membuatkan peminat teruja.

Gambar baby bump Lisa Surihani yang telah tersebar luar itu mendapat perhatian pengguna laman  sosial. Semoga Lisa dapat menjalani tempoh kehamilan dengan baik dan lancar dan selamat segalanya apabila bersalin nanti. 



Ketika Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM) melabuhkan tirainya semalam, pemenang tempat ketiga, Nabil, mengumumkan itu adalah MLM terakhir yang disertainya.

Keputusan Nabil untuk bersara dari Maharaja Lawak Mega adalah kerana ingin memberikan fokus pada bidang lain pula.

"Saya ingin fokus kepada perkara lain pula. Tahun lepas saya dapat nombor lima dan saya rasa sudah tidak ada ruang lagi untuk saya dalam MLM.

Dari awal lagi saya tidak mahu menyertai MLM 2014, tapi selepas bermesyuarat mereka rasakan kemasukkan saya bagus untuk perkembangan karier. Saya sempat menghubungi Datuk AC bertanyakan hal ini dan beliau berpendapat saya merupakan satu-satunya peserta solo dan rancangan ini ditonton berjuta orang, jadi jangan lepaskan peluang.

Nabil juga tidak menyangka akan mendapat tempat ketiga serta wang tunai RM150,000 dan menganggap ini adalah rezeki buat keluarga.

Ramai peminat yang akan merindui lawak jenakan Nabil di petas MLM lepas ni. Semoga Nabil terus berjaya dalam kerjaya selepas ini.



Fara Fauzana dipilih menjadi hos Muzik Muzik musim ke 30bagi menggantikan Scha Alyahya. Pengumuman yang dibuat ketika rakaman episod pertama itu sekaligus menamatkan teka-teki siapa yang bakal menggantikan Scha.

Fara akan bergandungan dengan AG Hot FM, dan keserasian mereka tidak dapat dinafikan lagi setelah bersama dalam program radio Hpt FM.

“Terima kasih TV3 untuk kesempatan ini. Saya dengan AG pun sudah biasa bekerjasama di Hot FM,” kata Fara yang pernah diberi mandat mengacarakan Anugerah Juara Lagu selama empat tahun.

Muzik Muzik 30 bakal bersiaran setiap Sabtu jam 6 petang.

Kami di Nikky News mengucapkan selamat maju jaya buat Fara bersama team Muzik Muzik! 





Pelakon dan pelawak, Zizan Razak memuat naik gambarnya dengan Nur Fazura sekaligus menutup spekulasi ynag mereka bermusuhan. 

Gambar dengan kapsyen, "Makan Gelak Makan Gelak" itu menunjukkan kemesraan mereka sebagai sahabat.

Ramai beranggapan Zizan memuat naik gambar terbabit untuk menutup spekulasi dia dan fazura bermusuhan berikutan tindakan kumpulan Virus menyampuk ketika Fazura memberikan komen di pentas Maharaja Lawak Mega tempoh hari. 

Artikel berkaitan:  Lawak Dayang Nurfaizah - Zizan Mohon Maaf



Nampaknya drama bersiri Istikharah Cinta yang bersiaran di Slot Akasia Tv3 tu mendapat tempat dihati penonton. Mana tidaknya, setiap kali drama itu bersiaran tidak putus-putus memberikan pendapat di laman sosial.

BACA: Sinopsis Istikharah Cinta
 

Drama yang mengisahkan tiga pasangan suami isteri, namun kisah suka duka percintaan mereka saling berkait antara satu sama lain.

Di terajui Zul Ariffin dan Faye Kusairi ini bakal berakhir, akan TETAPI tidak disiarkan pada hari dan waktu biasa. Sebab tu baru-baru ni Tv3 mengulang tayang salah satu episod. Nak kejar timing gitu. Jadi ini adalah tarikh episod akhir drama Istikharah Cinta.

TARIKH dan WAKTU EPISOD AKHIR ISTIKHARAH CINTA

Jumaat, 6 Februari 2015  
9 malam, di Tv3  
Ditayangkan selama 2 jam berturut-turut

Selamat menonton, kerana minggu depan akan ada drama baru bertajuk Dia Isteri Luar Biasa di Tv3.

Sinopsis Episod Akhir Istikharah Cinta

Taufik (Azizul Ammar) telah menasihatkan Airil untuk berbincang dengan Dr Rizal mengenai status Aiman. Dia tidak mahu nanti Airil menjadi orang yang memisahkan perhubungan seorang anak dan bapa kandungnya yang sebenar. Taufik sememangnya tidak percaya yang Aiman adalah anak Airil.

Dina pula terperangkap dengan ugutan Hanafis yang ingin menyebarkan gambar-gambar lama mereka sewaktu di UUM dahulu. Dina terpaksa menurut kemahuan Hanafis dan membelakangkan Airil. Aiza turut berjumpa Dina dan menyatakan bahawa dia dan Airil akan kembali rujuk dan sanggup untuk menjadi isteri kedua.

Adakah perancangan jahat Aiza dan Hanafis untuk memisahkan Airil dan Dina akan berjaya? 


Pelakon Nur Fathia membuat pengakuan di mana hubungan cintanya dengan Aiman Hakim Redza sudah berakhir. Setelah dua tahum menyulam cinta, akhirnya hubungan dua pelakon ini berakhir di tengah jalan.

"Kami sudah putus. Tiada tarikh rasmi kami berpisah dan tidak mengumumkannya. Hubungan itu berakhir dengan sendirinya dan saya terima jodoh kami bersama tidak panjang."

Fatha dan Aiman ialah antara pasangan yang popular dan ramai berharap hubungan mereka berkahir dengan ikatan perkahwinan. Namun segalanya hanya sementara dan Fathia menerima ketentuan takdir.

Ramai yang menantikan untuk melihat mereka berdua ke jinjang pelamin selepas dinobatkan sebagai pasangan paling serasi dan sepadan pada tahun 2014. Fathia yang mengakui hubungan mereka sudah putus menerima segala kententuan takdir.



Masih sayangkan Aiman

Fathia turut mengakui dia masih sayangkan Aiman dan merasakan seolah-olah hilang tempat mengadu kerana aktor itu adalah lelaki yang paling rapat dengannya. Mereka mula mengenali hati budi masing masing ketika bergandingan dalam drama bersiri Diandra di Tv3.


BACA: Drama Diandra di Slot Lestari

"Saya akui masih sayangkan dia (Aiman) namun, kami terpaksa bawa haluan masing-masing. Bayangkan dia satu-satunya lelaki yang paling rapat dengan saya sepanjang tempoh dua tahun dan dialah satu-satunya individu yang memahami serta menerima saya seadanya."

Fokus kerjaya 

Menurut Fathia beliau belum terfikir untuk mencari pengganti dan mahu memberi fokus kepada kerjayanya. Namun, beliau tidak menolak untuk bercinta satu hari nanti.

Hmm.. Sayang juga kan kalau dah lama bercinta tiba-tiba putus. Apatah lagi kalau masing masing masih menyayangi antara satu sama lain. 


 
 
Tahniah diucapkan buat pelakon Hong Kong dan juga bintang Hollywood, Jackie Chan kerana dikurniakan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) sekaligus mendapat gelaran Datuk pada Hari Wilayah Persekutuan.
 
Selain Datuk Jackie Chan, 71 lagi individu menerima darjah kebesaran  PMW daripada Yang Di-Pertuan Agong di Istana Negara. Antara individu yang menerima PMW adalah penceramah dan pendakwah terkenal, Ustaz Kazim Elias. 

Datuk Jackie Chan adalah antara bintang luar negara yang dikurniakan gelaran Datuk selepas bintang Bollywood, Shah Rukh Khan menerima gelaran Datuk pada 2008.

Berita ini telah menerima pelbagai respon dari banyak pihak dan sedang menjadi topik hangat di lama sosial. Ramai yang mempertikaikan sumbangan Datuk Jackie Chan kepada negara Malaysia