Ayda Jebat Tak Undi Diri Sendiri



Pelakon baharu, Ayda Jebat menolak dakwaan yang mengatakan beliau membuat undian untuk diri sendiri untuk memenangi dua kategori dalam Anugerah Meletop Era baru baru ini.

Ayda atau nama sebenarnya Nur Shuhada Jebat turut menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang aplikasi dalam telefon pintarnya untuk mengundi diri sendiri.

"Saya tidak mempunyai sebarang aplikasi Anugerah Meletop ERa untuk undi siri sendiri dan tidak ada masa untuk berbuat demikian," katanya.

Sepekulasi ini timbul selepas terdapat sesetengah pihak tidak berpuas hati dengan kemenangan ini kerana dia masih baharu dalam industri seni.

Ayda memenangi dua anugerah utama iaitu Artis Top Top Meletop (Wanita) dan Artis Baharu Meletop pada Anugerah Meletop Era 2015.


Artikel sebelum ini: Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus Bulan Mac 2015

0 comments:

Post a Comment