Datuk Hasbullah Awang Meninggal Dunia
Pengulas sukan negara, Datuk Hasbullah Awang, 63, meninggal dunia hari ini Institut Jantung Negara akibat komplikasi jantung. Allahyarham bertugas sebagai pengulas sukan di syarikat penyiaran televisyen berbayar, Astro, menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di IJN sejak minggu lalu.
Allahyarham Datuk Hasbullah Awang merupakan pengulas sukan terbaik negara yang telah lama berkhidmat dalam bidang penyiaran. Intonasi suara Datuk Hasbullah Awang begitu unik dan tersendiri menjadikan penonton seronok mendengan ulasan beliau.
Biografi Datuk Hasbullah Awang
Dilahirkan pada 9 September 1953 di Teluk Intan Perak, kerjaya Datuk Hasbullah Awang dalam bidang penyiaran bermula di Radio 1 RTM sebagai juruhebah radio.
Allahyarham mula dikenali pada tahun 1990 ketika bola sepak Malaysia memasuki era Semi-pro.
Apa yang mengagumkan tentang Hasbullah Awang, beliau melakukan 'research' terhadap setiap pemain bola sepak dan berkongsi dengan penonton ketika membuat ulasan. Dengan cara itu penonton dapat mengetahui latar belakang dan informasi pemain.
Allahyarham akan mengulas dengan dan intonasinya yang tersendiri menjadikan perlawanan bola sepak akan jadi lebih menarik.
Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham. Al-Fatihah.
0 comments:
Post a Comment