Episod Akhir Istikharah Cinta


Nampaknya drama bersiri Istikharah Cinta yang bersiaran di Slot Akasia Tv3 tu mendapat tempat dihati penonton. Mana tidaknya, setiap kali drama itu bersiaran tidak putus-putus memberikan pendapat di laman sosial.

BACA: Sinopsis Istikharah Cinta
 

Drama yang mengisahkan tiga pasangan suami isteri, namun kisah suka duka percintaan mereka saling berkait antara satu sama lain.

Di terajui Zul Ariffin dan Faye Kusairi ini bakal berakhir, akan TETAPI tidak disiarkan pada hari dan waktu biasa. Sebab tu baru-baru ni Tv3 mengulang tayang salah satu episod. Nak kejar timing gitu. Jadi ini adalah tarikh episod akhir drama Istikharah Cinta.

TARIKH dan WAKTU EPISOD AKHIR ISTIKHARAH CINTA

Jumaat, 6 Februari 2015  
9 malam, di Tv3  
Ditayangkan selama 2 jam berturut-turut

Selamat menonton, kerana minggu depan akan ada drama baru bertajuk Dia Isteri Luar Biasa di Tv3.

Sinopsis Episod Akhir Istikharah Cinta

Taufik (Azizul Ammar) telah menasihatkan Airil untuk berbincang dengan Dr Rizal mengenai status Aiman. Dia tidak mahu nanti Airil menjadi orang yang memisahkan perhubungan seorang anak dan bapa kandungnya yang sebenar. Taufik sememangnya tidak percaya yang Aiman adalah anak Airil.

Dina pula terperangkap dengan ugutan Hanafis yang ingin menyebarkan gambar-gambar lama mereka sewaktu di UUM dahulu. Dina terpaksa menurut kemahuan Hanafis dan membelakangkan Airil. Aiza turut berjumpa Dina dan menyatakan bahawa dia dan Airil akan kembali rujuk dan sanggup untuk menjadi isteri kedua.

Adakah perancangan jahat Aiza dan Hanafis untuk memisahkan Airil dan Dina akan berjaya? 

0 comments:

Post a Comment