Jackie Chan Dapat Gelaran Datuk

 
 
Tahniah diucapkan buat pelakon Hong Kong dan juga bintang Hollywood, Jackie Chan kerana dikurniakan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) sekaligus mendapat gelaran Datuk pada Hari Wilayah Persekutuan.
 
Selain Datuk Jackie Chan, 71 lagi individu menerima darjah kebesaran  PMW daripada Yang Di-Pertuan Agong di Istana Negara. Antara individu yang menerima PMW adalah penceramah dan pendakwah terkenal, Ustaz Kazim Elias. 

Datuk Jackie Chan adalah antara bintang luar negara yang dikurniakan gelaran Datuk selepas bintang Bollywood, Shah Rukh Khan menerima gelaran Datuk pada 2008.

Berita ini telah menerima pelbagai respon dari banyak pihak dan sedang menjadi topik hangat di lama sosial. Ramai yang mempertikaikan sumbangan Datuk Jackie Chan kepada negara Malaysia
 
 
 

0 comments:

Post a Comment