Hafiz Suib terpaksa menjalani rawatan fisioterapi selama setahun berikutan kecederaan tulang belakang (slipped) disc) bulan lalu.
Menuruft Hafiz, walaupun kecederaanya sudah pulih, namun dia perlu menjalani fisioterapi supaya kecederaannya tidak berulang.
"Kecederaan slipped disc memberi kesan terhadap saraf lain dan saya perlu menjalani rawatan berpanjangan supaya ia tidak berulang."
Bulan lalu Hafiz mengadu sakit pada bahagian belakang selepas bermain futsal. Doktor menasihatkan Hafiz supaya tidak melakukan kerja berat dan berdiri terlalu lama.
"Alhamdulillah saya semakin pulih dan kembali aktif dalam bidang nyanyian. Namun saya perlu lebih berhati-hati dalam pergerakkan," katanya.
sumber: mstar
Artikel terdahulu: Cara Semak Keputusan SPM 2014
0 comments:
Post a Comment