Giliran Sepahtu Tinggalkan Maharaja Lawak


Selepas Nabil mengumumkan persaraanya dari Maharaja Lawak Mega (MLM), kini giliran Sepahtu pula ingin bersara dari menyertai pertandingan lawak itu.

Artikel berkaitan: Maharaja Lawak Mega Terakhir Buat Nabil

Sepahtu yang dianggotai Shuib dan Jep mengambil keputusan untuk tidak lagi menyertai MLM kerana ingin memberi peluang kepada bakat baru

"Kami ingin memberi peluang kepada yang lain. Kami telah menyertainya sejak edisi pertama, dan mengambil keputusan untuk tidak menyertainya lagi,"

Apa yan pasti peminat Sepahtu bakal merindui gelagat mereka berdua di pentas MLM. Sepahtu merupakan antara kumpulan yang paling konsisten setiap minggu. Selamat maju jaya diucapkan buat Jep dan Shuib.

 

0 comments:

Post a Comment